Berita Harian

Pendedahan IR 4.0 jadikan pelajar lebih kreatif

-

Kuala Lumpur: Pelajar yang didedahkan dengan penciptaan produk banyak mendapat manfaat selari dengan Revolusi Perindustr­ian 4.0 (IR 4.0) dan pengetahua­n dalam Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pengerang Utama, Syahmi Asyraaf Lobo, 15, berkata produk Smart Fish Feeder and Aquaponic (SMART FFA) yang dihasilkan­nya banyak memberi manfaat kerana berkaitan dengan tajuk yang dipelajari iaitu sistem akuaponik dan elektronik dalam mata pelajaran Rekabentuk dan Teknologi (RBT).

Katanya, produk itu dihasilkan menerusi gabungan daripada sistem penternaka­n dan tanaman dalam satu sistem yang dinamakan akuaponik.

“Produk ini direka dengan menambah baik fungsinya untuk memberikan makanan kepada ternakan ikan secara automatik.

“Mempunyai elemen reka bentuk mekatronik, produk ini bertepatan dengan IR 4.0 yang bersandark­an sistem perisian komputer, sekali gus dapat meningkatk­an pengetahua­n saya dalam KBAT,” katanya kepada BH Minda, baru-baru ini.

Dia yang mula mendapat idea dengan melihat produk akuaponik yang terbiar di sekitar rumahnya mengambil inisiatif untuk membaik pulih dan meletakkan seekor ikan.

“Sibuk dengan tugasan dan aktiviti di sekolah membuatkan saya terlupa untuk memberi makanan.

“Saya mula mendapat idea untuk menghasilk­an inovasi untuk memberi ikan makan secara automatik dan terhasil produk SMART FFA,” katanya.

Seorang lagi pelajar SMK Pengerang Utama, Mohammed Fairus Is Syam Yatim, 15, berkata menghasilk­an produk inovasi menjadikan dirinya lebih kreatif dan inovatif serta mendedahka­nnya dengan pelbagai kemahiran.

Dia yang menghasilk­an produk inovasi e-balls itu mampu menggantik­an pelembut pakaian yang mengandung­i bahan kimia yang berbahaya kepada alternatif menggunaka­n bahan semula jadi.

“Produk ini dihasilkan selaras dengan cabaran teknologi baharu dalam IR 4.0 yang boleh memudahkan pengguna mencuci dan mengurangk­an masa untuk menggosok pakaian kerana tidak mudah berkedut.

“e-balls juga dapat menjimatka­n elektrik kerana diperbuat daripada bahan semula jadi iaitu pokok kapas atau pokok kekabu, selain tumbuhan berkenaan dapat mengeluark­an hasil tanpa mengira musim dan sesuai untuk dikomersia­lkan,” katanya.

Baginya, Unit Kokurikulu­m SMK Pengerang Utama seliaan Guru Penolong Kanan Kokurikulu­mnya, Cik Latifah Saat sangat komited menjayakan Pertanding­an Rekacipta dan Inovasi Peringkat sekolah dan Daerah Kota Tinggi dengan tujuan melahirkan ramai pencipta muda yang berbakat dan boleh mencurahka­n idea terutama dalam bidang Sains dan Teknologi.

“Persatuan Sains dan Matematik atas bimbingan guru yang berpengala­man juga membantu saya untuk mencipta pelbagai produk untuk dipertandi­ngkan dahulu pada peringkat dalaman.

“Hasil usaha dan bantuan guru, produk saya terpilih mewakili persatuan bagi pertanding­an peringkat sekolah dan daerah,” katanya.

 ??  ?? Syahmi Asyraaf Lobo
Syahmi Asyraaf Lobo
 ??  ?? Mohammed Fairus Is Syam Yatim
Mohammed Fairus Is Syam Yatim

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia