Berita Harian

Murid holistik

Bijak merancang, rahsia kejayaan Eisya dalam akademik, kokurikulu­m

-

Oleh Maria Uffa Zulkafeli maria.uffa@bh.com.my

Putrajaya: Keupayaan merancang dan mengurus masa secara sistematik membolehka­n personalit­i BH Didik minggu ini mampu mencapai kejayaan yang seimbang dalam akademik dan kokurikulu­m.

Pencapaian cemerlang dalam kedua-dua bidang itu membuatkan Nurhazwani Batrisyia Mohd Azwan, 12, atau lebih mesra dengan panggilan Eisya dalam kalangan rakan sebaya di sekolahnya bukan sahaja membanggak­an diri sendiri, malah keluarga dan pihak sekolah.

Ikuti temu bual BH Didik bersama-sama murid Tahun Enam Sekolah Kebangsaan (SK) Putrajaya Presint 11(1) itu.

S: Bagaimanak­ah anda membahagik­an masa dengan seimbang untuk aktiviti akademik dan kokurikulu­m?

Saya membahagik­an masa dengan membuat jadual harian. Ibu saya banyak membantu saya membuat jadual untuk mengulang kaji pelajaran memandangk­an saya menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun ini. Sekiranya terbabit dengan pertanding­an, latihan biasanya akan diadakan di sekolah pada waktu petang, jadi saya akan membuat ulang kaji pelajaran pada sebelah malam. Selain itu, saya akan belajar secara berkumpula­n dengan rakan sekolah pada waktu petang, jika tiada apa-apa pertanding­an atau aktiviti kokurikulu­m.

S: Adakah sukar untuk anda membuat keputusan jika sesuatu pertanding­an dijalankan serentak dengan pentaksira­n sekolah?

Pada bulan Julai yang lalu, saya tersenarai sebagai 10 atlet terbaik Putrajaya bagi Pemilihan Akhir Kontinjen Memanah Putrajaya ke Kejohanan Memanah MSSM 2019. Pada tarikh yang sama saya perlu menduduki peperiksaa­n percubaan UPSR di sekolah. Sudah tentu akademik lebih penting, justeru saya membuat pilihan yang terbaik, sekali gus menarik diri daripada Pemilihan Akhir Kontinjen Memanah berkenaan.

S: Apakah kenangan pahit dan manis sepanjang menyertai sebarang pertanding­an yang boleh anda kongsi?

Saya amat menghargai setiap kenangan ketika menyertai pertanding­an. Kenangan manis yang paling indah adalah ketika beraksi dalam satu pasukan terutama ketika Pertanding­an National Music Time Keyboard Festival (Peringkat Kebangsaan) serta Pertanding­an Memanah Berpasukan. Selain itu, berpeluang untuk Menyertai School Immersion and Cultural Exchange Programme Between Australia ke North Morley Primary School Perth, Australia, adalah pengalaman cukup berharga buat diri saya kerana dapat merasai sendiri suasana belajar di sana. Kenangan pahit pula, apabila saya terpaksa berlatih untuk pertanding­an, tetapi perlu membuat persediaan menghadapi peperiksaa­n di sekolah. Perasaan takut dan hilang keyakinan diri terpaksa dibendung dan ditangani dengan bijak. Kenangan pahit ini banyak mengajar saya supaya sentiasa berfikiran positif, yakin pada kemampuan diri dan sentiasa berusaha dalam apa juga yang dilakukan.

S: Siapakah yang banyak memberi dorongan kepada anda?

Sudah tentulah ibu dan bapa saya kerana mereka banyak memberi keyakinan kepada saya untuk menyertai pelbagai jenis pertanding­an. Ibu mengajar saya di rumah pada setiap hujung minggu. Selain itu, guru saya di SK Putrajaya Presint 11(1) banyak memberikan sokongan dan dorongan kepada saya ketika menyertai setiap pertanding­an serta membantu saya belajar untuk memperoleh keputusan cemerlang dalam bidang akademik.

S: Apakah harapan anda pada masa hadapan?

Saya berharap dapat memperoleh kejayaan dalam kokurikulu­m dan mencapai kecemerlan­gan dalam UPSR. Saya juga berharap supaya rakan lain tidak menganggap murid yang aktif dalam bidang kokurikulu­m itu tidak boleh berjaya dalam bidang akademik. Sebagai murid, kita perlu pandai membahagik­an masa untuk keduadua bidang ini supaya seimbang dan selari dengan hasrat Kementeria­n Pendidikan supaya semua murid dapat meraih kecemerlan­gan optimum dalam kokurikulu­m. Saya juga berharap dapat menjadi contoh yang baik kepada semua rakan sebaya, selain mahu memastikan pembabitan saya dalam bidang kokurikulu­m dapat diseimbang­kan dengan kurikulum dan seterusnya berjaya dalam kedua-dua bidang.

Nurhazwani Batrisyia,

 ??  ?? 12, turut aktif bermain alat muzik.
12, turut aktif bermain alat muzik.
 ??  ?? Nurhazwani Batrisyia menunjukka­n pelbagai pingat dan piala yang dimenangin­ya baik dalam bidang akademik mahu pun kokurikulu­m.
Nurhazwani Batrisyia menunjukka­n pelbagai pingat dan piala yang dimenangin­ya baik dalam bidang akademik mahu pun kokurikulu­m.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia