Berita Harian

Harumkan nama Malaysia di Korea Selatan

- Oleh Maria Uffa Zulkafeli maria.uffa@bh.com.my

Johor Bahru: Pasukan lompat tali Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Tebrau, di sini, lakar kejayaan pada, Asia and Pacific Jump Rope Championsh­ip‛ di Incheon, Korea Selatan, baru-baru ini. Guru Penolong Kanan SK Sri Tebrau, Encik Musa Atan, berkata pasukan yang terdiri daripada 11 orang murid itu berjaya meraih satu pingat emas dan perak serta empat pingat gangsa. Katanya, mereka berjaya mencipta sejarah kejayaan sama seperti yang dimenangi pada Asean Jump Rope Championsh­ip di Bangkok, Thailand tahun lalu apabila meraih pelbagai pingat dalam kejohanan berkenaan. “Pasukan ini giat berlatih sebelum ke Incheon dan segala tunjuk ajar guru dan jurulatih dimanfaatk­an sebaik mungkin oleh mereka. “Sasaran kami adalah untuk merangkul sebanyak mungkin pingat yang dipertandi­ngkan, namun pada masa sama mahu memberikan pengalaman baharu kepada atlet pelompat serta meningkatk­an kemahiran lompatan masing-masing pada pentas antarabang­sa,” katanya. Encik Musa berkata, sebelum ke Incheon, persiapan intensif giat dijalankan dengan bimbingan oleh guru berpengala­man dan khidmat jurulatih daripada Persatuan Lompat Tali Negeri Johor. Beliau berkata, semua murid dan guru yang pergi ke Korea Selatan menunjukka­n komitmen dan minat yang sangat tinggi sepanjang kejohanan berkenaan berlangsun­g. “Pihak sekolah berbangga dengan semangat dan kesungguha­n peserta, sekali gus membuahkan hasil cemerlang dan berjaya merangkul kejayaan seperti yang dicipta di Bangkok sebelum ini. “Aspek pembelajar­an terus menjadi fokus utama murid dan pihak sekolah sentiasa memastikan peserta memperoleh pencapaian akademik cemerlang dari masa ke masa,” katanya. Encik Musa berkata, pasukan lompat tali yang ditubuhkan pada tahun 2014 itu diberi nama Tebrau Gladiators, namun ditukar dengan nama baharu iaitu Caspian Skipping Crew tiga tahun lalu. Katanya, pasukan yang didaftarka­n di bawah naungan Persatuan Lompat Tali Negeri Johor itu juga banyak meraih kemenangan bagi setiap pertanding­an yang dianjurkan sama ada pada peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan antarabang­sa. “Kini, pasukan lompat tali SK Sri Tebrau sudah meletakkan namanya di persada yang terbilang dan pasukannya sentiasa berkobar-kobar mengharumk­an nama negara Malaysia yang tercinta,” katanya. Selain SK Sri Tebrau, kontinjen Malaysia turut dianggotai oleh pasukan daripada SK Felda Kahang Barat, Kluang (satu gangsa), Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato Jaafar, SMK Sultan Ismail, Maktab Sultan Abu Bakar dan Sekolah Menengah Sains Johor masing-masing lima perak dan dua gangsa. Selain itu, SMK Dato‛ Penggawa Barat, Pontian (dua emas, dua perak dan dua gangsa); SMK Datok Lokman, Kuala Lumpur (satu perak dan empat gangsa) serta kontinjen Perlis (satu emas dan satu gangsa) turut mengambil bahagian.

 ??  ?? Pasukan lompat tali SK Sri Tebrau bersama-sama kontinjen Malaysia mengharumk­an nama negara pada‚ Asia and Pacific Jump Rope Championsh­ip di Incheon, Korea Selatan.
Pasukan lompat tali SK Sri Tebrau bersama-sama kontinjen Malaysia mengharumk­an nama negara pada‚ Asia and Pacific Jump Rope Championsh­ip di Incheon, Korea Selatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia