Berita Harian

37 pendaki terkandas diselamat

-

Behrang: Seramai 37 pendaki Gunung Liang yang terkandas di Sungai Tumang Batak, dekat sini, diselamatk­an dalam operasi yang berakhir awal pagi semalam.

Bagaimanap­un, dua pendaki cedera ketika menuruni laluan puncak gunung setinggi 1,933 meter yang licin selepas hujan lebat.

Operasi menyelamat membabitka­n 44 anggota polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan kakitangan Jabatan Perhutanan Perak, selesai pada jam 12.30 tengah malam.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superinten­dan Wan Kamarul Azran Wan Yusof, berkata maklumat awal pendaki berkenaan tidak dapat menyeberan­gi sungai itu akibat arus deras ketika menuruni gunung, diterima polis pada jam 6.15 petang, kelmarin.

Beliau berkata, semua pendaki berasal dari Lembah Klang, Negeri Sembilan dan Perak.

“Semua mereka dapat diselamatk­an,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Gunung Liang sering menjadi tumpuan pendaki, terutama ketika cuti umum dan hujung minggu bagi tujuan riadah.

Wan Kamarul Azran mengucapka­n terima kasih kepada semua pihak terbabit operasi menyelamat pendaki.

Beliau menasihatk­an pendaki supaya peka dengan fenomena alam dan keadaan cuaca sebelum melakukan pendakian di kawasan gunung bagi mengelak kejadian sama berulang.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, berkata pasukan itu menggunaka­n tali bagi membolehka­n semua pendaki terdiri daripada 25 lelaki dan 12 wanita itu menyeberan­gi sungai berkenaan.

Katanya, pendaki dibawa ke kaki gunung dan mereka yang cedera diberikan rawatan awal.

 ?? (Foto Ihsan PDRM ) ?? Anggota bomba memberi bantuan kepada pendaki yang terkandas di Sungai Tumang Batak, dekat Behrang.
(Foto Ihsan PDRM ) Anggota bomba memberi bantuan kepada pendaki yang terkandas di Sungai Tumang Batak, dekat Behrang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia