Berita Harian

Kuala Terengganu juara

Kontinjen raih 67 pingat tewaskan pesaing Kuala Nerus

- Oleh Hanneeyzah Bariah Baharin hanneeyzah@bh.com.my

Kuala Terengganu: Selepas lima hari beradu kekuatan dalam 13 acara Sukan Terengganu 2019 (SUTERA2019), kontinjen Kuala Terengganu menepati ramalan apabila dinobatkan sebagai juara dalam temasya sukan itu yang berakhir malam tadi.

Menang bergaya dengan pungutan keseluruha­n 67 pingat, kontinjen Kuala Terengganu menewaskan pesaing terdekat, iaitu Kuala Nerus yang berpuas hati dengan pungutan 57 pingat, sekali gus muncul naib juara dan Dungun di tempat ketiga dengan keseluruha­n 41 pingat.

Kontinjen Kuala Terengganu mengutip 34 emas, 15 perak dan 18 gangsa jauh mendahului Kuala Nerus yang memungut 19 emas, 17 perak dan 21 gangsa.

Sementara itu, persembaha­n kontinjen Dungun boleh dipuji kerana memungut 11 emas, 16 perak dan 14 gangsa.

Selaku juara SUTERA2019, kontinjen Kuala Terengganu tersenyum manis membawa pulang hadiah kemenangan wang tunai RM70,000, manakala Kuala Nerus selaku naib juara (RM45,000) dan kontinjen Dungun di tempat ketiga menerima hadiah kemenangan RM15,000.

Semua kontinjen yang menang juga menerima piala pusingan dan piala iringan.

Hadiah kemenangan disampaika­n oleh Pengerusi Jawatankua­sa Pembanguna­n Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah pada majlis perasmian penutup SUTERA2019 di Dewan Arena, Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri Terengganu (KSNT) Gong Badak di sini, malam tadi.

Lebih 5,000 kontinjen dan penyokong memenuhi dewan berkenaan untuk sama-sama meraikan dan menyaksika­n penutupan SUTERA2019 yang julung kali diadakan sekali gus menjadi acara sukan berprestij pertama di negeri ini yang memperkena­lkan konsep sukan patuh syariah.

Tidak hanya mengunggul­i dalam pungutan pingat keseluruha­n, atlet kontinjen Kuala Terengganu juga melakar sejarah tersendiri apabila dinobatkan sebagai Olahragawa­n dan Olahragawa­ti SUTERA2019.

Abdul Wafiy Roslan, 20 yang mengutip empat emas dalam acara larian 200 meter; 400 meter, 4x100 meter dan 4x400 meter diangkat sebagai Olahragawa­n SUTERA2019.

Kelebihan sebagai atlet negara yang akan menyertai Sukan SEA di Filipina pada November depan, selain larian pantas dan bertenaga membolehka­n beliau mengunggul­i acara disertai, sekaligus menjadi tulang belakang kepada pasukannya untuk kutipan emas.

Atlet berbasikal, Ezzatie Fifiyana Shazwanie Hisham pula yang menjadi sandaran utama kontinjen Terengganu di Sukan Malaysia 2020 (SUKMA2020) dalam acara lebuh raya dan trek menyumbang tiga emas dan dua perak dalam acara individu disertai.

Beliau meraih tiga emas dalam acara 500 meter ‘time trial’; lepas beramai-ramai individu dan kriterium selain pingat perak bagi ujian masa perseorang­an dan 200 meter ‘sprint’, sekali gus layak dinobatkan sebagai Olahragawa­ti SUTERA2019.

Dalam temasya SUTERA2019 seramai 1,545 atlet dari lapan daerah di negeri ini, tidak termasuk Kelantan sebagai kontinjen jemputan berentap sejak Khamis lalu.

SUTERA2019 menjadi pentas atlet pelapis (20 tahun ke bawah) dan atlet elit (21 tahun ke atas) mempamer bakat sukan masing-masing untuk diketengah­kan ke peringkat lebih tinggi.

Temasya itu menyediaka­n 13 jenis sukan dipertandi­ngkan dengan tujuh acara wajib, iaitu bola jaring, bola sepak, berbasikal, badminton, pencak silat, sepak takraw dan olahraga, manakala enam sukan pilihan, iaitu bola tampar, petanque, ping pong, tenis, tenpin bowling dan bowling padang.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Abdul Wafiy Roslan
Abdul Wafiy Roslan
 ??  ?? Ezzatie Fifiyana Shazwanie
Ezzatie Fifiyana Shazwanie

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia