Berita Harian

Pengguna terminal feri Puteri Harbour meningkat

Ruang menunggu luas, kemudahan serba moden beri keselesaan kepada orang ramai

- Oleh Mohamed Farid Noh farid_noh@bh.com.my

Iskandar Puteri: Ruang menunggu yang lebih luas dengan kemudahan selesa menjadikan Terminal Feri Antarabang­sa Puteri Harbour, dekat sini, mampu menjadi antara terminal feri utama negeri ini.

Terminal Feri Antarabang­sa Puteri Harbour merekodkan pertambaha­n pengguna drastik sejak awal bulan lalu selepas kerajaan negeri mengarahka­n Terminal Feri Antarabang­sa Kukup, di Pontian, ditutup sementara sejak akhir bulan lalu berikutan konsesi pengendali­nya ditamatkan.

Tinjauan BH di terminal berkenaan mendapati, suasana di situ bagai berada di lapangan terbang berikutan struktur bangunan yang moden dengan kemudahan selesa dan bersih di samping jadual perjalanan feri yang sentiasa dipaparkan secara digital di skrin gergasi terminal itu.

Ruang menunggu luas dengan kemudahan kerusi yang banyak di samping menggunaka­n pendingin hawa sepenuhnya menjadikan suasana nyaman dan tenang.

Jurucakap terminal berkata, pertambaha­n pengguna sehingga 60 peratus dicatat mulai 1 September lalu selepas kerajaan negeri mengarahka­n penamatan operasi Terminal Feri Antarabang­sa Kukup sejak akhir bulan lalu.

“Sejak 1 September lalu, dianggarka­n 1,000 pengguna tempatan dan warga asing berlepas dari terminal ini, sama ada ke Batam atau Tanjung Balai, Karimun.

“Kami menganggar­kan hujung minggu dan cuti umum akan mencatat lebih ramai pengguna dan terminal ini sudah sedia menghadapi aliran pengguna yang tinggi.

“Terminal ini menyediaka­n lapan perjalanan ke Tanjung Balai bermula jam 8 pagi hingga 6 petang setiap hari manakala lima jadual perjalanan ke Batam bermula jam 8.30 pagi hingga 6 petang setiap hari,” katanya.

Sebelum ini, Pengerusi Jawatankua­sa Kerja Raya, Pengangkut­an dan Infrastruk­tur, Mohd Solihan Badri, mengumumka­n penutupan Terminal Feri Antarabang­sa Kukup, di Pontian, sekali gus operasinya akan dipindahka­n ke Terminal Feri Antarabang­sa Puteri Harbour, Iskandar Puteri mulai 1 September lalu.

Ia berikutan konsesi pengendali Terminal Feri Antarabang­sa Kukup ditamatkan berikutan gagal mematuhi prosedur ditetapkan kerajaan negeri.

Sementara itu, seorang pengguna, Puput Sari, 23, dari Bogor, Indonesia, berkata kemudahan di terminal itu lebih moden dan selesa berbanding di Kukup.

“Kemudahan di sini jauh lebih selesa dan banyak berbanding di Kukup sehingga pengguna terpaksa duduk di atas lantai dan kaki lima terminal,” katanya.

 ?? (Foto Hairul Anuar Rahim/bh) ?? Struktur bangunan moden dan dilengkapi pelbagai kemudahan di Terminal Feri Antarabang­sa Puteri Harbour mewujudkan suasana selesa kepada pengguna.
(Foto Hairul Anuar Rahim/bh) Struktur bangunan moden dan dilengkapi pelbagai kemudahan di Terminal Feri Antarabang­sa Puteri Harbour mewujudkan suasana selesa kepada pengguna.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia