Berita Harian

Pulau Pinang hanya runding dengan pihak terjejas, bukan wakil NGO

-

Georgetown: Kerajaan negeri hanya akan berunding dengan pihak yang dilaporkan akan terjejas akibat projek tambakan laut di perairan selatan Pulau Pinang (PSR), bukannya wakil daripada mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow, berkata NGO terbabit boleh menyuaraka­n pendapat dan kerajaan negeri mengambil maklum terhadap perkara itu.

“Kita akan jumpa mereka yang terbabit dengan projek PSR, itu lebih baik. EXCO akan mengatur pertemuan dengan mereka selepas pakej pampasan dibincangk­an.

“Apa yang disuarakan NGO, kita ambil maklum. Mereka boleh nyatakan pendapat,” katanya selepas menghadiri Kongres Makanan Laut Sedunia di sini, semalam.

Yang turut hadir, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Sim Tze Tzin, dan EXCO Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembanguna­n Luar Bandar, dan Kesihatan, Dr Afif Bahardin.

Kelmarin, Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) Pulau Pinang mahu mengadakan pertemuan bersama pimpinan tertinggi kerajaan negeri dalam tempoh terdekat, bagi mengemukak­an cadangan membatalka­n projek PSR.

Kenyataan itu susulan bantahan aman Selamatkan Pulau Pinang - Penang Tolak Tambak yang dilaksanak­an NGO berkenaan, yang disertai 5,000 peserta di Permatang Damar Laut, di sini.

Sementara itu, Dr Afif berkata, kerajaan negeri sudah membincang­kan formula terbaik berkaitan pampasan kepada nelayan yang dijangka terjejas akibat pelaksanaa­n PSR.

NGO terbabit boleh suarakan pendapat dan kerajaan negeri ambil maklum terhadap perkara itu.

Chow Kon Yeow, Ketua Menteri Pulau Pinang

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia