Berita Harian

Muaz mendakap tuah

Percaturan mencari anjakan dalam kerjaya bawa semangat baharu kepada penyampai Kool FM

- Oleh Zaidi Mohamad zaidim@bh.com.my

Tiada jalan pintas untuk mendaki puncak. Namun, usaha tanpa mengenal jemu, lambat-laun pasti menghadiah­kan kemanisan yang selama ini hanya dalam angan. Meninggalk­an keselesaan selepas hampir sedekad menabur khidmat bersama Muzik FM dan Nasional FM, Muaz mengorak langkah berani apabila menyertai Kool FM pada Februari 2017. Percaturan itu akui Muaz atau nama lengkapnya Muazanazzu­ddin Mohamed, 35, membentang­kan risiko yang tersendiri. Tetapi, keinginan untuk mencabar diri membuatkan Muaz enggan lagi menoleh ke belakang. Bermula dengan mengendali­kan segmen Petang Kool, Muaz seterusnya diberi kepercayaa­n menerajui Pagi Hari Di Kool FM bersama penyampai senior, AG dan Haiza.

“Sembilan tahun menimba pengalaman bersama Muzik FM dan Nasional FM, saya bertekad untuk beralih angin. Saya perlu melakukan anjakan dan membawa kerjaya ke tahap baharu. “Alhamdulil­lah, sejak menyertai Kool FM, saya memperoleh pelbagai peluang memantapka­n lagi kemampuan, termasuk menjadi pengacara Borak Kopitiam dan Qari Junior.

“Itu yang dikatakan rezeki. Sebelum ini, saya pernah mencuba nasib di tempat lain, namun tuah tidak menyebelah­i. Tidak sangka, rezeki saya sebenarnya tertulis di Kool FM,” katanya. Muaz bersyukur, pengalaman lalu banyak membentuk dan mematangka­n langkahnya. Akuinya, Kool FM juga membuatkan kerjayanya seperti bernafas semula.

“Saya pernah bergelut dan hampir berputus asa, tetapi saya sentiasa percaya pada rezeki serta tuah. Saya selesa mendaki perlahan-lahan.

“Mungkin nama saya tidak mendadak dikenali, tetapi ia sebenarnya baik untuk diri. Ia mencabar saya untuk terus membuktika­n bakat, tanpa dibebani perkara tidak perlu. “Memang ada yang baru kenal siapa Muaz, malah ada yang menganggap saya sebagai penyampai radio baharu. Saya tidak berkecil hati, sebaliknya terharu kerana kehadiran semakin disedari,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia