Berita Harian

ABPBH 32

Liza Hanim kembali temui kekuatan teruskan kerjaya selepas pemergian bapa tercinta

- Oleh Farihad Shalla Mahmud

farihad@bh.com.my

Benar kata orang, rindu pada insan yang sudah tiada paling menyeksaka­n. Apatah lagi, insan yang dirindui itu terlalu rapat dan begitu bermakna dalam hidup. Pasti ia menjadi perkara paling sukar, terutama meneruskan hidup bersama kenangan yang terus mengekori langkah. Pemergian ayahanda tercinta lebih dua bulan lalu meninggalk­an kesan mendalam buat penyanyi bersuara lunak, Liza Hanim.

Bukan tidak menerima kenyataan yang tertulis, namun kata Liza, separuh jiwanya bagaikan dibawa pergi apabila cinta pertamanya itu menghembus­kan nafas terakhir pada 21 Jun lalu. “Kehilangan­nya masih lagi saya rasai. Kami memang rapat kerana ayah menjadi tempat saya bercerita dan meluahkan perasaan, selain suami. “Apabila ayah pergi, jiwa saya kosong dan sunyi. Sejak dimasukkan ke hospital, April lalu, saya memperlaha­nkan kerjaya seni kerana mahu menjaganya. “Melihat ayah terlantar kesakitan, jiwa saya luluh. Namun, saya harus kuat kerana tidak mahu ayah melihat saya bersedih. Tetapi, Tuhan lebih menyayangi­nya dan saya reda dengan segala ketentuan-nya,” katanya dalam nada sebak. Hampir tiga bulan insan yang disayangin­ya itu pergi menyahut seruan Ilahi, penyanyi lagu Getaran Cinta di Jiwa dan Gelisah Mimpi itu berkata, ingatan terhadapny­a tidak pernah terhakis. “Setiap kali rindu datang menyapa, saya hanya mampu berzikir dan sedekahkan al-fatihah. Setiap apa yang saya lakukan, saya niatkan ganjaran itu kepadanya. “Hanya itu yang mampu saya lakukan sebagai anak. Alhamdulil­lah, saya sudah menemui semula kekuatan untuk meneruskan kerjaya seni. » Selain Liza, pentas ABPBH 32 turut dihangatka­n dengan persembaha­n Aishah,zizan Razak, Ismail Izzani, Zamaera, Sonaone, Alif, Ernie Zakri dan Idayu.

» Tidak ketinggala­n, Ariff Bahran, Andi Bernadee, Hazama, Black, Akim Ahmad, De Fam, Stacy,sufian Suhaimi dan seorang artis K-pop

» Datuk AC Mizal dan Elly Mazlein bertindak sebagai pengacara, manakala Hefny Sahad dan Ain Edruce akan mengendali­kan segmen karpet merah.

“Selain kerjaya, saya juga memberikan tumpuan menjaga ibu tercinta. Ada ketika, sebak melihat keadaan emak. Maklumlah, sudah berpuluh tahun hidup berdua, tiba-tiba dia kini sendirian.

“Tetapi, saya tahu emak kuat semangat. Walaupun rindukan arwah ayah, dia tidak tunjukkan perasaan itu. Apabila emak habis edah nanti, kami bercadang membawanya dan ibu mentua berjalanja­lan menghiburk­an hati,” kata pemilik nama lengkap Haliza Hanim Abdul Halim itu.

Beralih perkembang­an kerjaya, Liza berkata, Mimpi yang diperkenal­kan selepas menyertai Gegar Vaganza menjadi isyarat dia tidak pernah berundur atau mengaku kalah ketika industri muzik dibanjiri kehadiran ramai penyanyi pelapis.

Untuk meneruskan

Apabila ayah pergi, jiwa saya kosong dan sunyi. Sejak dimasukkan ke hospital, April lalu, saya memperlaha­nkan kerjaya seni kerana mahu menjaganya.

perjuangan, Liza sedang mencari material pembikinan lagu terbarunya.

“Selepas Mimpi, saya dan syarikat pengurusan masih dalam proses mencari lagu untuk single seterusnya. Menerusi projek ini, saya mempelawa komposer, sama ada baharu atau lama untuk bekerjasam­a.

“Memandangk­an peminat masih mahukan saya menyanyika­n lagu seperti yang pernah dibawakan sebelum ini, saya terpaksa akur,” kata Liza.

Menurut penyanyi bervokal mantap ini, sepatutnya lagu baharunya itu sudah dilancarka­n, namun terpaksa ditangguhk­an apabila dia melahirkan cahaya mata.

Selain lagu baharu, Liza juga merancang untuk muncul dengan sebuah showcase.

“Doakan semoga impian saya itu menjadi kenyataan. Jujurnya, saya risau juga adakah orang mahu menonton persembaha­n saya?,” ujarnya merendah diri.

Dalam perkembang­an lain, isteri kepada Shahrin, yang juga bekas anggota kumpulan Indigo ini bakal membuat persembaha­n pada malam kemuncak Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke32 yang bakal berlangsun­g di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Putrajaya (PICC) pada 22 September ini.

Mengulas perkara itu, Liza berkata, dia terharu apabila masih menjadi pilihan penganjur untuk menghiburk­an penonton pada acara anugerah tahunan berprestij itu.

“Sebelum ini, saya pernah membuat persembaha­n bersama Nora Ariffin. Saya seterusnya kembali digandingk­an dengan Misha Omar dan Datuk Jamal Abdillah pada ABPBH 29.

“Saya sangat terharu dengan kepercayaa­n yang diberikan. Insya-allah, saya akan memberikan yang terbaik pada malam itu,” ujarnya.

Tanpa mendedahka­n secara terperinci corak persembaha­nnya malam itu, Liza berkata, tumpuan seharusnya diberikan dari sudut vokal.

“Segmen saya nanti lebih fokus kepada kuasa vokal dan sudah tentu, persiapan saya lebih ke arah itu. Buat masa ini, saya masih menunggu susunan muzik disiapkan.

“Hanya selepas itu, baru saya akan memulakan latihan. Secara peribadi, saya agak berdebar untuk kembali beraksi selepas melahirkan anak,” katanya.

Liza hanim

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia