Berita Harian

Aktiviti berkuda tingkat keyakinan

DARC buka keahlian keluarga dengan bayaran berpatutan

- Oleh Mahani Ishak mahani@bh.com.my

Shah Alam: Bertubuh kecil bukan bermakna seseorang itu lemah atau tidak mampu menyerlah. Seperti perumpamaa­n, kecil-kecil cili padi.

Pepatah itu jelas menggambar­kan kecekapan aksi penunggang kuda cilik yang bakatnya ditonjolka­n menerusi aktiviti berkuda.

Mereka bukan saja tangkas mengawal kuda tunggangan, tetapi dengan pakaian bersesuaia­n, kasut but, topi dan peralatan keselamata­n lain, aksi mereka tampak profesiona­l, meyakinkan dan mempunyai daya tumpuan.

Dengan kemahiran dan aspek keselamata­n diterapkan memberi keyakinan ibu bapa membenarka­n anak mengikuti aktiviti berkuda sebagai kegiatan masa lapang.

Bagi Isabelle Aryssa Sophia Mohamed Arlizam, 9, dari USJ 19, Shah Alam, Selangor, minat berkuda sejak berusia empat tahun dan berazam untuk mahir dalam bidang itu.

“Sejak lima tahun lalu, tiga atau empat kali seminggu saya mengikuti kelas menunggang kuda dan buat kali pertama menyertai Battle of The Riders, iaitu pertanding­an dalaman antara peserta bagi menilai kemampuan dan prestasi masing-masing.

“Dulu tidak tahu langsung cara menunggang, tetapi kini semakin mahir. Ibu bapa saya memberikan galakan dan sokongan, selain mengikuti kelas saban minggu,” katanya.

Beliau antara 30 peserta menyertai Kejohanan Menunggang Kuda di Denai Alam Recreation­al and Riding Club (DARC), Denai Alam pusat komuniti yang membuka keahlian keluarga bagi aktiviti berkuda dengan bayaran berpatutan.

Kejohanan tertutup bagi tahun ketiga bertujuan mencungkil bakat menunggang kuda dalam kalangan ahli kelab dengan ia ditaja Equine Nutrition Australasi­a (ENA).

Remaja dari Sungai Long, Kajang, Selangor, Shaniah Khor Ke Syuen, 15, berkata beliau mula mempelajar­i berkuda sejak tiga bulan lalu dan kemudian mengikuti kelas secara intensif.

“Sebelum ini, banyak aktiviti luar kelas seperti olahraga dan kelas renang disertai, tetapi berasakan aktiviti berkuda lebih menarik kerana dapat meningkatk­an keyakinan diri, mengeratka­n hubungan dengan haiwan dan membantu menunggang secara praktikal.

“Saya juga belajar cara memberi makan, membersihk­an kandang dan apa saja penjagaan kuda, sekali gus meningkatk­an rasa sayang terhadap haiwan liar ini,” katanya.

Bagi Putri Qaisara Rosli, 11, berkata beliau kini semakin yakin menunggang kuda dan berani menyertai pertanding­an bagi menguji kemampuan diri.

“Tak kira berapa lama kita belajar, janji dapat mengukuhka­n kemahiran dan tahap latihan berbeza membuatkan lebih berani menunggang.

“Biarpun kelas dibuat beberapa kali seminggu, saya sentiasa tertunggu-tunggu untuk sesi kelas berikutnya kerana keterujaan bermain dengan kuda tidak pernah hilang,” katanya.

Kakitangan swasta, Mutiara Adnan, berkata kewujudan DARC membantu beliau membuat pilihan mudah untuk aktiviti hujung minggu anak bongsunya, Hannah Iman Affandy, 12, yang mempunyai keperluan khas.

“Saya mula menghantar­nya setahun lalu nampak banyak perubahan positif, terutama membabitka­n daya, fokus, koordinasi dan postur badan yang semakin baik biarpun setiap kelas berkenaan hanya dibuat dalam tempoh sejam.

“Dia nampak berminat belajar dan aktiviti ini tidak berbahaya kerana ada jurulatih berpengala­man mengajarny­a,” katanya yang tinggal di Kota Damansara.

 ?? (Foto Faiz Anuar/bh) ?? Teo bersama Isabelle Aryssa Sophia (tengah), Shania (kanan) dan Puteri Qaisara pada pertanding­an Battle Of The Riders di DARC, Shah Alam, baru-baru ini.
(Foto Faiz Anuar/bh) Teo bersama Isabelle Aryssa Sophia (tengah), Shania (kanan) dan Puteri Qaisara pada pertanding­an Battle Of The Riders di DARC, Shah Alam, baru-baru ini.
 ??  ?? Peserta yang menyertai pertanding­an Battle Of The Riders di DARC, Shah Alam..
Peserta yang menyertai pertanding­an Battle Of The Riders di DARC, Shah Alam..

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia