Berita Harian

Pusat komuniti penuhi impian golongan kurang mampu

-

Shah Alam: Bayaran mengikuti latihan berkuda, iaitu kurang RM300 untuk sekeluarga membolehka­n golongan kurang berkemampu­an menyertai aktiviti ini.

Pengasas Denai Alam Recreation­al and Riding Club (DARC), Terry Teo, berkata sememangny­a tidak menjana keuntungan, tetapi ia cukup memberi kepuasan kerana ia menarik minat dalam kalangan mereka yang susah, tetapi mempunyai bakat untuk berlatih secara konsisten atau menjadi pencetus kepada pembabitan aktiviti ini.

“Ketika remaja, saya hanya mampu melihat kuda dari jauh dan memasang impian untuk menunggang­nya pada masa depan.

“Syukur pada 2010, saya berjaya mewujudkan DARC, sekali gus memenuhi impian semua orang yang kurang berkemampu­an tetapi teringin menunggang kuda, menjadi kenyataan,” katanya.

Lebih istimewa di kelab kudanya itu, Teo menempatka­n seekor kuda jantan dari spesies jarang ditemui, iaitu Akhal-teke Perlino, yang berwarna putih mutiara.

Uniknya baka dari Turkmenist­an memantulka­n kilauan keemasan mutiara pada bulu apabila terkena silauan cerah matahari atau berpeluh.

Menurut ahli perniagaan ini, Akhal-teke spesies kuda yang menjadi lambang kebangsaan Turkmenist­an kerana jarang ditemui dengan keunikanny­a yang memiliki kilauan emas semula jadi pada bulunya sering diidamkan golongan elit dan kerabat diraja.

“Spesies Akhal-teke ini mempunyai 3,500 di seluruh dunia, tetapi bagi jenis Perlino ini hanya ada 50 menjadikan­nya spesies jarang ditemui dan dinobatkan sebagai spesies kuda paling cantik kerana memiliki aura bulu berwarna putih mutiara keemasan, bermata biru dan berpeluh dengan warna merah jambu.

“Jadi kehadiran kuda berusia 36 bulan yang kini berharga RM3.6 juta ini menjadikan saya pemilik bertuah di Asia Tenggara berikutan berjaya memiliki sepasang kuda unik ini yang pasanganny­a berada di Thailand, untuk jagaan dan pembiakan,” katanya.

Syukur pada 2010, saya berjaya mewujudkan DARC, sekali gus memenuhi impian semua orang yang kurang berkemampu­an. Terry Teo, Pengasas DARC

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia