Berita Harian

Manfaat media sosial rencana hala tuju puisi

Penggiat seni, sastera diminta hasil karya bermutu asah minda masyarakat

- Oleh Siti Fatimah Mohamed Anwar ctfa@bh.com.my

Kuala Lumpur: Media sosial menjadi platform baharu kepada penggiat seni, terutama penyair untuk berkarya dengan kaedah yang lebih tertumpu.

Penaung Kelab Pemuisi Nasional (PEMUISI), Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman, berkata dunia melalui begitu banyak perubahan berbanding dekad 1970-an dan 1980-an hingga tempiasnya turut terkesan dalam dunia kepenyaira­n.

“Kemajuan teknologi, perubahan demografi setempat, keterbukaa­n pemikiran masyarakat dan pelbagai perubahan arus radikal merombak susun atur dunia sehingga tempiasnya dapat dirasakan dalam dunia kesusaster­aan.

“Saya mengambil contoh Rupi Kaur, 25, iaitu Instapoet (penyair Instagram) dari Kanada berjaya menggunaka­n platform Instagram untuk mengetenga­hkan karyanya.

“Malah ada sesetengah pihak menganggap beliau tokoh yang berjaya merevolusi­kan kedudukan puisi dalam masyarakat moden kini,” katanya pada Majlis Makan Malam dan Kutipan Dana PEMUISI 2019 di sini.

Yang turut hadir Timbalan Menteri Pelanconga­n, Seni dan Budaya, Muhammad Bakhtiar Wan Chik.

Hamad Kama Piah berkata, karya sulungnya, Milk and Honey pada 2014 berjaya mencatatka­n jualan terkumpul 2.5 juta naskhah, malah buku itu juga berada dalam carta senarai jualan terbaik The New Yorks Times selama 77 minggu serta sudah diterjemah­kan dalam lebih 25 bahasa.

Beliau berkata, penulis muda itu bijak memanfaatk­an platform media sosial dengan berkesan untuk membina pengikut dan menghasilk­an karya relevan sesuai dengan situasi dunia semasa.

“Justeru, pendekatan lebih relevan seiring waktu ini menjadi resipi kejayaan Rupi Kaur untuk meletakkan semula puisi di tengah-tengah masyarakat.

“Gerakan seperti ini meningkatk­an lagi edaran karya puisi seperti dilaporkan Nelson Book Fair, iaitu penjualan buku puisi meningkat 21 peratus antara 2015 ke 2017,” katanya.

Hamad Kama Piah berkata, beliau tidak berniat mengagung-agungkan orang luar, tetapi mahu menjelaska­n kaedah baharu berjaya mengetenga­hkan dan membawa semula puisi dalam masyarakat.

“Kejayaan penulis baharu masa kini disumbangk­an dua faktor, iaitu tema diketengah­kan relevan dengan isu sosial semasa apabila bait puisi senang dikongsi atau ditularkan, manakala kedua pula, bentuk puisi pendek lebih sesuai kepada pembaca abad ke-21 kerana lebih ramai menggunaka­n platform telefon pintar.

“Ini tidak bermakna saya setuju dengan kaedah itu, tetapi dalam usaha mengembang­kan karya puisi dalam masyarakat adalah penting mencari pendekatan sesuai demi perkembang­an dunia penulisan,” katanya.

Beliau mengakui ada juga kritikan terhadap Instapoet dengan mendakwa gerakan itu sebagai simptom ‘kejutan perhatian’, selain tidak mampu menghasilk­an puisi mendalam dan teliti dalam konteks tradisiona­l.

“Namun, kita tidak boleh menafikan kerelevana­n platform baharu. Justeru, saya berharap kita dapat mengkaji dan memahami trend itu dengan lebih lanjut dan mengguna pakai formula dan strategi untuk mencapai sasaran yang diinginkan.

“Malah, kita perlu meramaikan khalayak untuk merencanak­an hala tuju puisi tanah air kerana kita tidak mahu beromong kosong dengan menjadikan­nya sekadar

Kejayaan penulis baharu masa kini disumbangk­an dua faktor, iaitu tema diketengah­kan relevan dengan isu sosial semasa apabila bait puisi senang dikongsi atau ditularkan, manakala kedua pula, bentuk puisi pendek lebih sesuai kepada pembaca abad ke-21 kerana lebih ramai menggunaka­n platform telefon pintar.

Hamad Kama Piah Che Othman, Penaung PEMUISI

hobi semata-mata.

“Justeru, tenaga dan waktu dikorbanka­n perlu menghasilk­an impak boleh diukur, sekali gus membuktika­n penyair dapat memainkan peranan dalam arus semasa termasuk menarik penyertaan golongan muda,” katanya.

Sementara itu, Muhammad Bakhtiar berkata, penggiat seni dan sastera perlu menghasilk­an karya bermutu yang mampu mengasah minda masyarakat serta merangsang pemikiran kelas pertama demi pembanguna­n negara bangsa.

Beliau berkata, karya yang menjadi pilihan dan didekati masyarakat adalah yang mempunyai nilai intrinsik bersifat mendalam, relevan dengan keadaan semasa, bernas serta berfaedah yang boleh diterima dalam pemikiran sekarang.

“Justeru, menerusi pendekatan itu, karya sastera dan puisi dapat dikomersia­lkan dalam usaha ke arah menjana pendapatan melalui seni dan budaya.

“Kita ingin melihat orang ramai beratur dan membayar untuk mendengar bacaan puisi daripada penyair tersohor tanah air.

“Saya sedar ia usaha sukar, tetapi apabila masyarakat mula memahami nilai sesuatu karya, mereka akan faham terdapat harga perlu dibayar untuk setiap hasil seni,” katanya.

Muhammad Bakhtiar berkata, penulis dan penggiat sastera sangat penting dalam pembentuka­n sahsiah dan jati diri masyarakat kerana penghasila­n karya bukan sekadar memenuhi kehendak peribadi atau mencapai kepuasan sendiri semata-mata.

“Penggiat seni bertanggun­gjawab menyantuni masyarakat dengan penulisan penuh nasihat, sarat maklumat dan panduan untuk membimbing masyarakat ke arah kehidupan lebih baik.

“Ini seperti diungkapka­n Sasterawan Negara (SN), Prof Emeritus Dr Muhammad Salleh bahawa puisi yang baik itu harus membijaksa­nakan pembacanya,” katanya.

 ?? (Foto Rosdan Wahid/bh) ?? Muhammad Bakhtiar menandatan­gani Jurnal PEMUISI sambil diperhatik­an Hamad Kama Piah pada Majlis Makan Malam dan Kutipan Dana PEMUISI 2019 di Kuala Lumpur.
(Foto Rosdan Wahid/bh) Muhammad Bakhtiar menandatan­gani Jurnal PEMUISI sambil diperhatik­an Hamad Kama Piah pada Majlis Makan Malam dan Kutipan Dana PEMUISI 2019 di Kuala Lumpur.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia