Berita Harian

Zerozeroze­ro papar dunia seludup kokain adaptasi karya Saviano

-

Venice: Bermula dari Mexico ke Itali, siri televisyen baharu Zerozeroze­ro memaparkan dunia penyeludup­an kokain ganas dan berbahaya yang diadaptasi daripada karya pengarang Itali, Roberto Saviano.

Drama bersiri lapan episod itu, menyorot watak kartel dadah Mexico, iaitu kumpulan jenayah terancang Calabrian dan orang tengah yang berusaha mengekang pasaran kokain.

Ahli pelakon siri, krew dan Saviano tampil pada tayangan perdana dua episod pertama di Festival Filem Venice apabila penonton ‘dibawa’ dari Bukit Calabrian ke Monterrey dan New Orleans.

Pelakon, Dane Dehaan, berkata siri itu menampilka­n kisah antarabang­sa sebenar dan mempunyai jalan cerita Amerika, Mexico serta Itali tetapi membawa penonton ke seluruh dunia.

“Ia memaparkan segenap aspek penyeludup­an dadah dan anda benar-benar dapat mengenali secara peribadi semua watak itu.

“Ia menjadi satu cerita sendiri dan berpusatka­n kepada fakta mengenai bagaimana kokain tersebar ke seluruh dunia,” katanya kepada REUTERS.

Drama bersiri itu turut dibintangi Gabriel Byrne dan Andrea Riseboroug­h.

Pengarahny­a, Stefano Sollima, berkata karya itu menceritak­an kisah pernah disaksikan dan dialami sendiri sendiri.

“Walaupun secara peribadi tidak menggunaka­nnya, anda yang tidak terbabit dalam sebarang aktiviti haram berkaitan kokain mungkin akan tetap terjejas.

“Apa yang kita gunakan sama ada bank atau mana-mana firma serta syarikat yang sah, mungkin melakukan aktiviti ‘membersihk­an’ semula wang daripada penyeludup­an dadah,” katanya.

Saviano, 39, dalam bukunya

Gomorrah yang diterbitka­n pada 2006, menyorot kehidupan mafia di Naples. Sejak penerbitan itu, beliau hidup di bawah perlindung­an polis.

Zerozeroze­ro yang diterbitka­n pada 2016 dan sebenarnya nama samaran kokain tulen, dilihat dalam jangkauan lebih luas apabila melihatnya dalam ekonomi global dan menjadi komoditi kuat seperti minyak.

“Dengan 5,000 euro (RM23,000) yang dilaburkan dalam kokain, anda boleh menjadi jutawan.

“Ia menjadikan kokain seperti lampu Aladdin kepada semua orang tetapi hanya sedikit berjaya mendapatka­nnya.

“Inilah menyebabka­n mereka bersedia untuk membunuh,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia