Berita Harian

Sepakat tangani pembuli jalan raya

- Sarbani Daud, Pensyarah Universiti Malaysia Pahang (UMP).

Ungkapan berhati-hati di jalan raya acap kali didengari dan diucapkan. Sudah pasti maksud tersurat adalah memandulah secara berwaspada, kurangkan kelajuan serta patuhilah semua peraturan jalan raya yang ada.

Namun kadangkala kita tidak dapat mengelak daripada berlakunya kemalangan walaupun berwaspada, berhati-hati dan mematuhi peraturan.

Saya terpanggil untuk berkongsi pengalaman mengenai kes buli jalan raya. Kisah ini berlaku lapan tahun lalu di Banting, Selangor dan ia masih segar dalam ingatan saya.

Ketika memandu untuk ke sebuah bank, motosikal ditunggang seorang lelaki tiba-tiba masuk ke laluan hadapan saya. Akibatnya saya terlanggar motosikal itu dan penunggang­nya terjatuh.

Kami dikerumuni orang ramai. Apa yang mengejutka­n, ada seorang lelaki membuat provokasi dengan mengatakan saya memandu laju. Saya dituduh berkali-kali membawa dengan laju dan diminta membayar ganti rugi. Akhirnya saya akur dan memberi sejumlah wang kepada penunggang motosikal itu.

Apa yang dikesali, lelaki yang menuduh saya dilihat mengekori penunggang motosikal yang terbabit kemalangan tadi untuk meminta wang yang saya berikan.

Melihat kejadian ini, saya mereka ini pembuli jalan raya dan hanya mengambil kesempatan atas musibah yang melanda.

Selepas beberapa tahun, saya melihat di Youtube beberapa kejadian membabitka­n perlanggar­an yang sengaja dilakukan untuk mendapat pampasan.

Berkemungk­inan kejadian menimpa saya sengaja dirancang bagi mendapatka­n wang dengan cara mudah walaupun berbahaya.

Untuk semua pengguna jalan raya, andai terbabit kemalangan usah terburu-buru bayar ganti rugi andai tahu anda tidak bersalah. Laporkan sahaja kepada polis dan biar undang-undang yang menentukan.

Sebagai anggota masyarakat, sama-samalah kita bekerjasam­a membantu orang yang terbabit kemalangan dan jika mampu, jadilah pendamai antara kedua-dua pihak.

Saya harapkan kejadian kemalangan sengaja dibuat yang menimpa saya tidak akan berlaku lagi. Semoga pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya dan menangkap si pembuli jalan raya ini agar negara kita bebas daripada gejala negatif itu.

Pengguna jalan raya jika terbabit kemalangan usah terburu-buru bayar ganti rugi andai tahu anda tidak bersalah. Laporkan kepada polis dan biar undang-undang yang menentukan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia