Berita Harian

Cubaan pisah HK dari China akan dihancurka­n

-

Shanghai: Hong Kong adalah wilayah China yang tidak dapat dipisahkan dan sebarang bentuk pemisahan ‘akan dihapuskan,’ kata media tempatan semalam, sehari selepas penunjuk perasaan berhimpun di Konsulat Amerika Syarikat (AS) meminta bantuan memulihkan demokrasi.

Akhbar The China Daily berkata, perhimpuna­n kelmarin di sini adalah bukti kuasa asing menjadi dalang di sebalik bantahan, bermula pertengaha­n Jun lalu serta memberi amaran, penunjuk perasaan perlu ‘berhenti mencabar kesabaran kerajaan pusat.’

Pihak berkuasa China menuduh kuasa asing cuba menjejaska­n Beijing dengan mencetuska­n huru-hara di sini berhubung rang undang-undang ekstradisi kontrovers­i yang membolehka­n suspek dibicara di mahkamah dikawal Parti Komunis tanah besar.

“Hong Kong tidak dapat dipisahkan daripada China dan itu adalah muktamad supaya tiada siapa dapat mencabarny­a, bukan penunjuk perasaan, bukan kuasa asing yang bermain permainan kotor," katanya. REUTERS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia