Berita Harian

Steward baru bangun tidur: Hamilton

-

Monza: Lewis Hamilton mahu bersemuka dengan pemandu Ferrari, Charles Leclerc selepas menerima tekanan luar biasa di litar oleh juara Grand Prix (GP) Itali itu, tengah malam kelmarin.

Perlumbaan di Monza itu dimenangi pelumba berusia 21 tahun itu ketika Hamilton, juara dunia lima kali dari Mercedes berdepan detik cemas ketika dihimpit keluar litar.

“Dia menghimpit saya,” kata Hamilton menerusi radio pasukan.

Ketika bercakap kepada wartawan kemudian, pendahulu kejohanan, yang menamatkan perlumbaan di tempat ketiga menjelaska­n dia hanya mahu mendapat layanan konsisten daripada petugas perlumbaan.

“Ada peraturan di tempat perlumbaan dan ia tidak dipatuhi. Nampaknya mereka menggunaka­n perbezaan peraturan hari ini, tetapi saya tidak tahu mengapa itu berlaku,” kata pemandu Britain berkenaan.

“Saya rasa steward baru bangun dari tempat tidur lain pagi tadi. Entahlah saya tidak tahu.”

Hamilton bagaimanap­un mengucapka­n tahniah kepada Leclerc kerana melakukan kerja dengan baik.

Pemandu berusia 21 tahun yang memulakan perlumbaan dari petak utama itu meraih kemenangan kedua buat Ferrari dalam tempoh lapan hari selepas kejuaraan pertama dilakar di GP Belgium.

“Saya memberikan banyak tekanan kepadanya dan saya harap kami mempunyai beberapa saat bersama, mungkin kami boleh bercakap mengenainy­a secara rahsia, tetapi tiada apa yang besar dan kami terus berlumba.

“Saya mengharapk­an lebih banyak perlumbaan bersama,” katanya. AFP

 ??  ?? Lewis Hamilton
Lewis Hamilton

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia