Berita Harian

Jurulatih Bosnia letak jawatan selepas kalah

-

Paris: Jurulatih Bosnia-herzegovin­a, Robert Prosinecki meletak jawatan sejurus anak buahnya kalah 2-4 di tangan Armenia dalam saingan Kumpulan J Kelayakan Euro 2020, semalam.

Bekas pemain tengah Real Madrid dan Barcelona itu, dilantik pengendali Bosnia pada Januari 2018 dan menikmati banyak kemajuan sejak itu, namun kekalahan itu menyaksika­n peluang Bosnia-herzegovin­a layak ke Euro 2020 kian samar.

“Saya sudah bercakap dengan semua pemain dan saya tidak lagi menjadi jurulatih. Saya sudah meletak jawatan.

“Dulu ketika tiba di sini, saya yakin kami akan layak ke Euro. Kami gagal dalam usaha ini dan saya harap pengganti saya akan memiliki masa mencukupi untuk membuat persiapan ke Liga Kebangsaan,” katanya sejurus perlawanan itu.

Prosinecki memacu kejayaan kempen Bosnia di Liga Negaranega­ra tahun lalu apabila mereka muncul pasukan tangga teratas dan dinaikkan ke Liga A untuk musim 2020-21.

Dia juga membantu Bosnia mencatat rekod tanpa kalah dalam sembilan perlawanan November tahun lalu dan hanya kalah sekali 0-1 di tangan Sepanyol hasil jaringan lewat.

Namun, perubahan mendadak berlaku pada kempen Kelayakan Euro 2020 kali ini yang menyaksika­n mereka bolos dua gol ketika diikat 2-2 oleh Greece di gelanggang sendiri sebelum kalah di tangan Finland dan Itali.

Begitupun, Bosnia bangkit membelasah Liechtenst­ein 5-0 iaitu kemenangan terbesar Prosinecki Khamis lalu, namun anak buah Prosinecki sekali lagi terkulai menerusi penangan Henrikh Mkhitaryan.

Pemain sayap Roma itu meledak dua gol dengan satu bantuan ketika membantu Armenia menjaringk­an dua gol ketika perlawanan berbaki 13 minit, sekali gus memintas kedudukan Bosnia dalam kumpulan.

Kekalahan itu menyaksika­n Bosnia hanya meraih tujuh mata selepas enam aksi, ketinggala­n lima mata di tangan Finland, yang beraksi kurang satu perlawanan. Agensi

 ??  ?? Robert Prosinecki
Robert Prosinecki

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia