Berita Harian

Rekod Ramos, Casillas terikat

Pemain tengah Real bantu La Roja belasah Faroe Islands

-

Gijon, Sepanyol: Sergio Ramos menyamai rekod Iker Casillas yang membuat 167 penampilan antarabang­sa buat Sepanyol selepas dia membantu La Roja membelasah Faroe Islands 4-0 pada aksi kelayakan Euro 2020, semalam.

Pemain tengah Real Madrid itu membuat penampilan antarabang­sa pertamanya 14 tahun lalu ketika perlawanan persahabat­an menentang China.

“Ia adalah satu cabaran sukar untuk dipadankan dengannya (Casillas). Ia bernilai dan kegembiraa­n. Ia tahun untuk terus berusaha,” kata Ramos.

Pemain berusia 33 tahun itu sebahagian daripada skuad kebangsaan Sepanyol yang merangkul Piala Dunia 2010, Euro 2008 dan gelaran Euro 2012.

Dia menggalas tanggungja­wab sebagai kapten Sepanyol pada 2010 selepas aksi terakhir penjaga gol, Casillas dan akan menghasilk­an rekod baharu bulan depan jika dia bermain menentang Norway atau Sweden.

“Tahniah untuk 167 perlawanan rakanku.

“Saya harap akan lebih banyak lagi. Kami mempunyai pengalaman yang hebat bersama pasukan Sepanyol,” tulis Casillas, bekas rakan sepasukan Real di media sosial.

Ramos kini hanya kekurangan sembilan penampilan untuk rekod Eropah yang dipegang penjaga gol Itali, Gianluigi Buffon (176) dan 17 untuk rekod dunia milik, Ahmed Hassan dari Mesir (184).

“Statistik ini perlu dikalahkan. Jika saya fikir saya sudah memenuhi semua impian, saya akan bersara. Saya suka menetapkan semula diri saya setiap tahun dan kembali dengan penuh semangat,” kata Ramos.

AFP

 ?? (Foto AFP) ?? Ramos (kanan) bersaing dengan pemain Faroe Islands, Bartal Wardum pada aksi kelayakan Euro 2020, semalam.
(Foto AFP) Ramos (kanan) bersaing dengan pemain Faroe Islands, Bartal Wardum pada aksi kelayakan Euro 2020, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia