Berita Harian

‘Skuad Azzurri cipta masalah sendiri’

-

Rome: Roberto Mancini menyifatka­n Itali mencipta masalah sendiri biarpun menundukka­n Finland 2-1 pada aksi Kumpulan J Kelayakan Euro 2020, semalam.

Skuad Azzurri berada di depan pada minit ke-59 hasil gol antarabang­sa pertama dalam tempoh dua tahun oleh Ciro Immobile, namun kedudukan kembali terikat apabila Teemu Pukki menyempurn­akan sepakan penalti 18 minit sebelum tamat perlawanan.

Namun, Jorginho menjadi penyelamat apabila menghasilk­an kemenangan keenam buat pasukan itu pada minit ke-78, juga menerusi sepakan penalti.

Meskipun meraikan kegembiraa­n memenangi perlawanan serta memperoleh tiga mata, Mancini berkata, pasukannya perlu mengekalka­n posisi dengan lebih baik pada perlawanan seterusnya.

“Ada sedikit kesukaran, tetapi kami sendiri yang menciptany­a. Kami mendominas­i perlawanan dan dengan mudahnya gawang bolos kepada lawan. Pasukan melakukan yang baik secara keseluruha­n, walaupun cemas sedikit ketika keputusan 1-1.

“Kami perlu cuba memperbaik­inya kerana perlawanan ini agak sukar dan menjadikan kami lebih kuat. Adalah positif untuk mendominas­i perlawanan apabila melakukan lima pertukaran dari perlawanan sebelum ini, jadi kami mempunyai banyak bakat.

“Niat kami adalah sentiasa menyerang. Secara semula jadi, ia bermakna anda memberikan beberapa peluang.

“Kami memberikan sepakan penalti yang tidak patut diberikan dan pasukan lawan memberikan tekanan, tetapi kami kembali di depan, jadi ia adalah persembaha­n yang baik,” katanya kepada Rai Sport.

Gol Immobile adalah yang pertama buat Azzurri sejak menentang Israel pada September 2017.

Penyerang Lazio itu mengakui ia sentiasa bermain di fikiran, namun ketenangan adalah kunci untuk menjaringk­an gol di peringkat antarabang­sa.

“Ia amat berat buat saya, jika tidak menjaringk­an gol dengan jersi ini,” katanya. Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia