Berita Harian

Jadikan Ahsan, Hendra contoh

Jalani percaya V Shem-wee Kiong prospek terbaik di Tokyo 2020

- Oleh Helmi Talkah helmi.talkah@bh.com.my

Kuala Lumpur: Datuk Seri Jalani Sidek percaya beregu lelaki profesiona­l, Goh V Shem-tan Wee Kiong kekal sebagai prospek terbaik Malaysia bagi menjadi pencabar pingat pada Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Bekas pakar beregu kebangsaan itu, berkata kejayaan muncul juara Terbuka Taiwan, kelmarin sudah pasti menjadi titik kebangkita­n buat pemenang pingat perak Olimpik Rio 2016 itu.

“Jadikan beregu Indonesia, Mohamad Ahsan-hendra Setiawan sebagai contoh. V Shemwee Kiong sudah mempunyai pengalaman, cuma mereka perlu bekerja keras sedikit untuk perbaiki kelemahan.

“Selepas muncul juara di Taiwan, saya pasti mereka sudah tahu apa yang perlu dilakukan selepas ini sekiranya berdepan beregu muda dan bagaimana cara untuk bermain menentang pasangan senior.

“Inilah senjata yang dimiliki Ahsan-hendra sehingga mampu menjadi juara dunia sekali lagi. Mereka tahu apa yang perlu dilakukan berdepan setiap lawan mereka.

“Kombinasi antara V Shem dengan Wee Kiong sudah baik. Mereka perlu kerja keras sedikit lagi dan saya percaya mereka mampu menjadi pencabar pingat di Olimpik nanti,” kata Jalani kepada BH Sukan, semalam.

Jalani berkata, beliau yakin Malaysia akan mempunyai dua wakil dalam acara beregu lelaki layak beraksi di Tokyo nanti.

Selain V Shem-wee Kiong, bekas pemenang pingat gangsa Olimpik Barcelona 1992 itu turut meramalkan pasangan muda negara, Aaron Chia-soh Wooi mempunyai peluang yang cerah untuk layak ke Tokyo.

“Saya fikir kita akan ada dua wakil yang layak dalam acara ini. Apa yang saya harapkan, kedua-dua pasangan ini terus bekerja keras.

“Saya suka melihat corak permainan kedua-dua pasangan itu terutama ketika menyerang. Namun, nasihat saya adalah mereka kerja keras dan bermain secara bijak,” katanya.

Setiap negara dibenarkan mempunyai dua wakil dalam acara beregu sekiranya keduadua pasangan berkenaan berada dalam kelompok lapan terbaik dunia sebaik tamat pusingan kelayakan pada hujung April tahun depan.

 ??  ?? Jalani Sidek
Jalani Sidek
 ??  ?? Aksi Goh V Shemtan Wee Kiong pada final Terbuka Taiwan, kelmarin.
Aksi Goh V Shemtan Wee Kiong pada final Terbuka Taiwan, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia