Berita Harian

Malaysian Tigers jumpa Britain

-

Kuala Lumpur: Skuad hoki lelaki negara berdepan misi sukar apabila diundi bertemu Great Britain dalam aksi playoff kelayakan ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Atas kertas ia sudah pasti ujian berat buat skuad bimbingan Roelant Oltmans bertemu lawan yang berada di kedudukan ranking tujuh dunia berbanding Malaysia ke-11.

Bagaimanap­un, Oltmans kekal positif dan enggan anak buahnya mengangkat bendera putih terlalu awal apabila menegaskan peluang mencipta kejutan tetap ada.

“Sudah pasti ia undian yang sukar kerana kami akan bertemu Britain tetapi apapun kami perlu mengharung­inya.

“Kita tidak boleh lagi mengubahny­a. Namun, secara peribadi saya tidak percaya kepada semua ‘sistem’ ini.

“Masih ada lagi peluang untuk layak dan kami perlu bekerja keras bermula sekarang,” katanya pada sidang media selepas undian yang dijalankan Persekutua­n Hoki Antarabang­sa di Lausanne, Switzerlan­d, semalam.

Berdasarka­n format aksi playoff itu, skuad negara akan beraksi dua perlawanan dengan Britain di Stadium Olimpik London pada 1 dan 3 November ini.

Kali terakhir skuad negara layak ke temasya sukan terbesar dunia itu adalah pada Sydney 2000.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia