Berita Harian

Hafizh Syahrin wakili Sepang Racing Team

-

Kuala Lumpur: Penunggang Motogp negara, Hafizh Syahrin Abdullah akan berganding­an dengan Franco Morbidelli dan Michael van der Mark bagi perlumbaan 8 Jam Kejuaraan Endurance Dunia (EWC) FIM di Litar Antarabang­sa Sepang (SIC), Disember ini.

Berlumba di bawah pasukan Sepang Racing Team, ketiga-tiga pelumba akan berkongsi jentera yang sama iaitu YZF-R1 dan mendapat kerjasama bekas pasukan juara dunia EWC, Yamahaaust­ria Racing Team (YART).

Selain Hafizh dan Morbidelli yang bersaing di Kejuaraan Motosikal Dunia (Motogp), Sepang Racing Team turut meletakkan sandaran kepada juara perlumbaan 8 Jam Suzuka, Van der Mark bagi mencapai sasaran yang diletakkan iaitu menjuarai perlumbaan sulung EWC di Malaysia itu.

“Tidak sabar untuk mengambil bahagian dalam perlumbaan EWC pertama di Malaysia,” kata Hafizh.

 ??  ?? Nur Dhabitah Sabri
Nur Dhabitah Sabri

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia