Berita Harian

Legenda negara semakin uzur

-

Kuala Lumpur: Legenda bola sepak negara, Datuk M Chandran kini berada dalam keadaan uzur di kediamanny­a di Ampang Jaya.

Anak murid yang juga bekas rakan sepasukann­ya di Selangor, Reduan Abdullah yang menziarahi­nya berkata, Chandran bagaimanap­un masih mengingati dirinya, namun percakapan­nya tidak jelas.

“Chandran masih ingat kepada kami yang datang dan ada mengimbau kembali masa silam, tetapi perbualan agak terhad memandangk­an keadaannya yang sangat uzur. Beliau kini terlantar di katil dan tidak boleh banyak bergerak.

“Kami tidak dapat berbual lama kerana beliau perlukan rehat yang panjang,” katanya yang juga jurulatih UITM FC kepada BH Sukan, semalam.

Reduan bersama-sama bekas rakan sepasukan Chandran yang mewakili skuad negara pada Sukan Olimpik 1972 di Munich, Lim Fung Kee dan juga bekas pemain Selangor, Kamarul Zaman Yusoff menziarahi legenda itu, kelmarin.

Chandran yang kini berumur 77 tahun mengalami jangkitan paru-paru yang serius dan sebelum ini menjalani rawatan lebih kurang sebulan di Hospital Kuala Lumpur dan baru sahaja dibenarkan pulang ke rumah dua hari lalu.

“Pada 1973, saya sempat bermain selama dua tahun bersama Chandran yang juga kapten pasukan Selangor sebelum dia bersara dan menjadi jurulatih kami di Selangor sehingga saya berhenti bermain pada 1985.

“Lebih kurang 10 tahun jugalah di bawah bimbingann­ya. Ketika bermain dan juga menjadi jurulatih, Chandran mempunyai perwatakan yang tegas dan saya akui saya sendiri kadang kala terikut-ikut dengan pembawaan Chandran ketika menjadi jurulatih. Namun, saya akui ketegasan itu ternyata berkesan apabila menjadi jurulatih,” katanya.

 ??  ?? Dari kiri, Kamarul Zaman, Reduan dan Fung Kee menziarahi Chandran di kediamanny­a di Ampang Jaya, kelmarin.
Dari kiri, Kamarul Zaman, Reduan dan Fung Kee menziarahi Chandran di kediamanny­a di Ampang Jaya, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia