Berita Harian

Hamidin janji julang bola sepak negara

Presiden FAM terima pingat PJN daripada Agong

- Oleh Helmi Talkah helmi.talkah@bh.com.my

Kuala Lumpur: Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin berikrar untuk terus berusaha memartabat­kan mutu bola sepak negara ke peringkat lebih tinggi khususnya Asia dan dunia.

Ikrar itu dibuat selepas menerima darjah kebesaran Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran Datuk sempena ulang tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-pertuan Agong, Al-sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-mustafa Billah Shah di Istana Negara, semalam.

Hamidin yang juga bapa kepada empat anak, mengucapka­n syukur ke hadrat Allah SWT dan menjunjung kasih ke atas Yang di-pertuan Agong atas penganuger­ahan darjah kebesaran PJN yang disifatkan sebagai pengiktira­fan tertinggi pada peringkat persekutua­n untuk seorang pentadbir sukan.

“Tuanku Al-sultan Abdullah adalah bekas Presiden FAM yang sangat berjasa dalam bola sepak. Saya menjunjung kasih terhadap Tuanku atas penganuger­ahan darjah kebesaran PJN ini.

“Dengan bantuan semua rakan di FAM dan pemegang taruh serta agensi kerajaan, saya berikrar untuk terus berusaha memartabat­kan mutu bola sepak negara ke peringkat lebih tinggi, pada peringkat Asia dan dunia khususnya.

“Anugerah dan tanggungja­wab ini akan saya pikul dengan sebaiknya dan diharap berbekalka­n sokongan padu rakyat Malaysia, kita sama-sama dapat menaikkan lagi Harimau Malaya ke persada dunia,” kata Hamidin.

Beliau yang menerajui FAM sejak Julai 2018 adalah antara 42 individu yang menerima darjah kebesaran masing-masing pada istiadat penganuger­ahan itu.

Hamidin, 54, sebelum ini menerima anugerah darjah kebesaran Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk daripada Sultan Pahang, Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah pada 2009.

Beliau kemudianny­a menerima anugerah darjah kebesaran Darjah Sharafuddi­n Idris Shah (DSIS) daripada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddi­n Idris Shah pada 2012 selain Pingat Jasa Kebaktian (PJK) dari Selangor pada 1999 serta Ahli Mahkota Selangor (AMS) pada 2002.

Memulakan kerjayanya dalam pentadbira­n dan pengurusan bola sepak sebagai Setiausaha Eksekutif Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) pada 1995, Hamidin adalah presiden profesiona­l pertama FAM yang juga presiden pertama bukan golongan ahli politik mahupun kerabat diraja sejak Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj menjadi Presiden FAM pada 1951.

Selepas dilantik sebagai Setiausaha Agung FAS pada 1998, Hamidin berkhidmat dalam pelbagai kapasiti di FAM, termasuk sebagai ahli jawatankua­sa pertanding­an, pengurus futsal dan pengurus pasukan bola sepak kebangsaan sebelum diangkat menjadi Setiausaha Agung FAM pada 2013.

Beliau berkhidmat sebagai Setiausaha Agung FAM di bawah pentadbira­n Al-sultan Abdullah yang memegang jawatan Presiden FAM pada 2014 hingga 2017.

Susulan peletakan jawatan Tunku Ismail Sultan Ibrahim selaku presiden FAM pada awal 2018, Hamidin dipilih sebagai pengganti pada Julai tahun yang sama. Pekan: Pengendali Pahang, Ahmad Yusof mahu kejayaan skuad kendaliann­ya mempertaha­nkan kejuaraan Piala Agong, malam kelmarin menjadi motivasi terbaik untuk menjulang Piala Emas Rajaraja (PERR) musim ini.

Justeru, beliau menuntut anak buahnya memperagak­an prestasi terbaik sepanjang sebulan kejohanan PERR di Universiti Utara Malaysia (UUM) bermula Sabtu ini.

“Sudah pasti kemenangan ini memberi motivasi dan keyakinan untuk memastikan PERR kekal milik pasukan walaupun sedar saingan sengit bakal dihadapi musim ini.

“Saya gembira dengan komitmen semua pemain yang bijak memanfaatk­an segala peluang untuk mempertaha­nkan Piala Agong.

“Namun, perjalanan pasukan masih jauh kerana bakal berdepan saingan lebih getir sebaik PERR bermula,” katanya.

Pada aksi Piala Agong di Stadium Mini Kompleks Sukan Sultan Haji Ahmad Shah, di sini, malam kelmarin, Pahang membelasah Terengganu 4-0.

Kemenangan itu menyaksika­n Pahang mempertaha­nkan Piala Agong yang dimenangi musim lalu hasil jaringan Mohamad Zazrir Naim Abdul Rani pada minit ke-30, Mohamad Ridhwan Maidin (m-36), Mohd Rizua Shafiqi Kamaruzama­n (m-70) dan Mohd Azuan Izam (m-75).

Sementara itu, pengendali Terengganu, Mohd Yasin Ali mengakui tuan rumah lebih mantap namun percaya skuad kendaliann­ya mampu bangkit pada PERR.

 ?? (Foto BERNAMA) ?? Al-sultan Abdullah mengurniak­an darjah kebesaran PJN kepada Hamidin sempena sambutan ulang tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-pertuan Agong di Istana Negara, semalam.
(Foto BERNAMA) Al-sultan Abdullah mengurniak­an darjah kebesaran PJN kepada Hamidin sempena sambutan ulang tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-pertuan Agong di Istana Negara, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia