Berita Harian

‘Kemenangan 10-0 tak boleh jadi sandaran’

-

Kuala Lumpur: Ayam tambatan Emiriah Arab Bersatu (UAE), Omar Abdulrahma­n enggan menjadikan sejarah manis membelasah Malaysia 10-0, empat tahun lalu sebagai sandaran utama untuk pasukannya mencipta kemenangan di Stadium Nasional, malam ini.

Sebaliknya, Omar membayangk­an skuad Harimau Malaya bakal tampil dengan persembaha­n berbeza bagi aksi Kumpulan G kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 nanti.

“Ia (kemenangan 10-0) sudah berlalu, kami tidak boleh melihat ke belakang. Ini adalah bola sepak moden dan pasukan berkembang dari semasa ke semasa.

“Kami menyaksika­n perlawanan Malaysia dan Indonesia, mereka beraksi dengan baik dan kami harus menghormat­i mereka.

“Jadi, ia tidak akan menjadi tugas mudah dan kami perlu fokus sepenuhnya untuk perlawanan,” katanya pada sidang media, di sini, semalam.

Omar menjadi watak penting ketika pasukannya membelasah Harimau Malaya pada kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 dengan lapan gerakannya berjaya menghasilk­an jaringan.

Namun, pemain berusia 27 tahun itu baru beberapa minggu kembali menyertai skuad kebangsaan UAE selepas mengalami kecederaan sebelum ini.

Omar bagaimanap­un berkata, dia sudah bersedia sepenuhnya untuk diturunkan berdepan Harimau Malaya jika khidmatnya ditagih jurulatih Bert van Marwijk.

“Sebenarnya ini bukan perlawanan pertama saya (selepas pulih), jadi saya bersedia memikul apa saja yang jurulatih tugaskan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia