Berita Harian

Aura ‘Ekor Harimau’ mampu calar ego UAE

-

Mampukah Harimau Malaya mencipta kejutan ke atas Emiriah Arab Bersatu (UAE)?

Persoalan itu hanya akan terjawab selepas 90 minit aksi di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam ini.

Jika dilihat berdasarka­n kedudukan ranking dunia dan rekod pertemuan sebelum ini, segalanya tampak memihak kepada UAE.

Namun, itu hanya di atas kertas, tiada yang mustahil bakal terjadi di Bukit Jalil nanti dengan skuad kendalian Tan Cheng Hoe sudah pasti enggan memandang kelebihan yang dimiliki lawan mereka.

Sejarah hitam dibelasah UAE 10-0 di Abu Dhabi, empat tahun lalu juga mungkin sudah tiada dalam ingatan pemain Harimau Malaya yang kini lebih 90 peratus dibarisi pemain baharu.

Berdasarka­n persembaha­n semasa Harimau Malaya dan keputusan terakhir iaitu hanya tewas tipis 1-2 kepada UAE di Shah Alam pada 2015, peristiwa tumbang dengan jumlah jaringan mencecah dua angka seakan tidak mungkin berulang lagi.

Ketika ini, strategi sudah Cheng Hoe rangka dan hanya terpulang kepada pemain bagaimana mahu menjelmaka­nnya di atas padang dengan puluhan ribu penyokong Malaysia dijangka membanjiri gelanggang keramat Harimau Malaya.

Mungkin bantuan daripada penyokong atau digelar sebagai ‘Ekor Harimau’ itu boleh menjadi senjata tambahan untuk melemahkan kekuatan yang dimiliki UAE.

Jika dengan jumlah kecil penyokong Harimau Malaya yang ke Jakarta, Khamis lalu boleh membantu anak buah Cheng Hoe menjinakka­n Garuda, inikan pula jika puluhan ribu Ekor Harimau bersatu di Bukit Jalil.

Namun, apa yang membimbang­kan apabila baru 21,000 tiket perlawanan terjual sehingga jam 5.30 petang semalam, sedangkan kapasiti stadium melebihi 80,000 penonton.

Ayuhlah Ekor Harimau!, Harimau Malaya perlukan bantuan anda untuk merealisas­ikan impian besar tundukkan anak buah Bert van Marwijk.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia