Berita Harian

Promosi Sungai Kadamaian dipergiat

-

Kota Kinabalu: Promosi kecantikan sungai Kadamaian akan digiatkan lagi untuk menarik kedatangan pelancong dari dalam dan luar negara bersempena Tahun Melawat Malaysia 2020.

Presiden Pusat Pelanconga­n Kadamaian (KATA), Walter Kandayon, berkata persiapan sudah dilakukan sejak beberapa bulan lalu bagi memastikan tempat penginapan mencukupi, selain kebersihan tempat dan keselamata­n pelancong.

Beliau berkata, KATA juga menyertai Karnival Usahawan Desa di Kompleks Sukan Likas, untuk mempromosi­kan lagi produk pelanconga­n di kawasan Kadamaian.

“Ini antara persiapan yang sudah kami atur bagi mempromosi­kan kawasan pelanconga­n di Kadamaian, bukan saja kepada pelancong dalam negara malah juga luar negara.

“Kami juga menekankan faktor kebersihan dan keselamata­n pelancong kepada pengusaha pelanconga­n di kawasan ini, selain beberapa pakej pelanconga­n sudah mula diedar. Setakat ini, memang ada sudah tempahan diterima untuk tahun depan,” katanya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia