Berita Harian

Pau pelbagai warna, karakter kartun tarik pembeli

-

Sipitang: Pau dijual lazimnya berbentuk bulat dan berwarna putih atau hijau bagi yang berperisa pandan.

Namun, lain pula pau dihasilkan seorang pemuda dari Kampung Guruh-guruh, di sini, yang bukan saja ada pelbagai warna tetapi juga berbentuk pelbagai karakter kartun popular sehingga menarik perhatian orang ramai.

Md Naquib Noor Ahmad, 36, berkata pau yang baru dihasilkan­nya kira-kira tiga minggu lalu itu dipanggil Charpao, iaitu singkatan kepada ‘character pao’.

Beliau berkata, pau berkenaan juga ada pelbagai inti, termasuk kacang tanah, coklat, durian dan karbonara cendawan dengan ayam.

“Charpao ini dijual di gerai tepi jalan kampung, selain turut dipasarkan oleh kenalan di beberapa daerah lain seperti Beaufort, Papar dan Kota Kinabalu.

“Uniknya pau yang saya jual ialah berbentuk pelbagai karakter kartun seperti Angry Bird, Transforme­r, Panda, Ninja, Doraemon, Smurf dan banyak lagi mengikut permintaan pelanggan,” katanya ketika dihubungi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia