Berita Harian

Pelajar harus bijak pilih bidang pengajian sesuai

-

Kota Belud: Lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolah­an Malaysia (STPM) harus bijak memilih bidang pengajian di institusi pengajian tinggi (IPT) awam serta swasta.

Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Sabah, Datuk Ewon Benedick, berkata ini lulusan SPM dan STPM yang mengikuti bidang yang mereka kurang minat mengakibat­kan penganggur­an dalam kalangan graduan.

“Kegagalan utama graduan mencari pekerjaan antara lainnya berkaitan dengan pilihan bidang pengajian yang bukan menjadi keperluan utama pasaran kerja atau berlaku lambakan graduan dalam bidang berkenaan.

“Pemilihan bidang perkara paling penting kepada semua pelajar, sebelum melanjutka­n pengajian ke peringkat lebih tinggi agar tidak menyumbang kepada penganggur­an selepas tamat pengajian,” katanya ketika merasmikan Karnival Mini Pendidikan ‘Jom Sambung Belajar’ di sini.

Teks ucapan beliau disampaika­n oleh Setiausaha Politiknya, Carlye Lajimin.

Ewon yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian meminta graduan supaya bijak mencari peluang pekerjaan, termasuk menceburi bidang keusahawan­an yang mempunyai peluang yang lebih terbuka.

“Pelajar juga dituntut melakukan kajian mengenai bidang kerjaya yang mempunyai permintaan tinggi dalam pasaran kerja, sebelum meneruskan pengajian.

“Sebagai contoh di Sabah, kerajaan sedang rancak membangunk­an prasarana berkaitan pelanconga­n dan tidak dinafikan bahawa sektor pelanconga­n sektor ketiga penyumbang kepada ekonomi negeri ini.

“Ini menunjukka­n sektor pelanconga­n menawarkan peluang pekerjaan, perniagaan dan keusahawan­an yang tinggi,” katanya.

Beliau berkata, pengetahua­n dan kemahiran dalam dunia pelanconga­n menjadi faktor utama kepada seseorang untuk bersaing merebut peluang yang tersedia.

“Tahniah kepada Kumpulan Pendidikan Geomatika yang begitu serius membangun pelajar dalam pelanconga­n dengan menawarkan program dalam pengurusan pelanconga­n,” katanya.

 ?? (Foto ihsan KPLB) ?? Carlye (dua dari kiri) menerima cenderamat­a daripada Ketua Eksekutif Best Prestige Educare Malaysia, Prof Madya Edwin Laimin pada Karnival Mini Pendidikan ‘Jom Sambung Belajar’ di Kota Belud.
(Foto ihsan KPLB) Carlye (dua dari kiri) menerima cenderamat­a daripada Ketua Eksekutif Best Prestige Educare Malaysia, Prof Madya Edwin Laimin pada Karnival Mini Pendidikan ‘Jom Sambung Belajar’ di Kota Belud.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia