Berita Harian

Malaysia harap RCEP dimuktamad­kan

Rundingan pusingan ke-27 di China bulan lalu catat kemajuan

-

Ada beberapa isu yang belum selesai. Arahan kepada perunding perdaganga­n adalah untuk memuktamad­kan dan menyelesai­kan isu-isu pada mesyuarat seterusnya di Da Nang, Vietnam dari 19 hingga 27 September.

Darell Leiking,

Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri

Malaysia melihat kemajuan positif ke arah memuktamad­kan perjanjian perdaganga­n terbesar di dunia - Perkongsia­n Ekonomi Komprehens­if Serantau (RCEP) menjelang akhir tahun ini walaupun terdapat beberapa lagi isu yang perlu diselesaik­an.

Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Datuk Darell Leiking, berkata rundingan pusingan ke-27, RCEP di China bulan lalu mencatat kemajuan yang baik dengan banyak isu berjaya diselesaik­an.

“Ada beberapa isu yang belum selesai. Arahan kepada perunding perdaganga­n adalah untuk memuktamad­kan dan menyelesai­kan isu-isu pada mesyuarat seterusnya di Da Nang, Vietnam dari 19 hingga 27 September.

“Semua negara terbabit dalam rundingan akan melihat gambaran yang lebih besar untuk arah tuju masa depan ekonomi pasaran 3.4 bilion yang kita ada,” katanya kepada Bernama di Bangkok.

Darell dan rakan sejawatann­ya dari negara anggota ASEAN dan enam rakan dialog, berkumpul di Bangkok kelmarin untuk Mesyuarat Menteri-menteri RCEP ke-7 bagi mengkaji perkembang­an dalam rundingan RCEP sejak kali terakhir bertemu di China dari 2 hingga 3 Ogos.

RCEP ialah perjanjian perdaganga­n pelbagai hala antara 10 anggota ASEAN - Malaysia, Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam - dan enam rakan Ftanya iaitu China, Jepun, Korea Selatan, Australia, New Zealand dan India.

Sumber yang dekat dengan perunding perdaganga­n Malaysia berkata, rundingan berterusan seperti RCEP di Zhengzhou, China bulan lalu mencatat kemajuan yang baik kerana berjaya menyelesai­kan beberapa isu, termasuk memudahkan klausa Penyelaras­an Pertikaian Negara Pelabur (ISDS) bagi Standard Perniagaan.

“Kemajuan rundingan adalah lebih baik berbanding tujuh tahun lalu,” kata sumber itu.

Berikutan tekanan bagi memuktamad­kan rundingan itu tahun ini, Darell menegaskan kepentinga­n dan kedaulatan negara adalah keutamaan dalam menyelesai­kan perjanjian itu.

“Apabila kita melaksanak­an blok ekonomi baharu, kita perlu mendengar kehendak rakyat dan kepentinga­n kita. Kita perlu pastikan semua perangkap dielak,” katanya.

Darell berkata, beberapa bab dan klausa yang ditutup sebelum kerajaan PH, tidak boleh dibuka semula (perubahan).

“Baik atau buruk, kita perlu menerima bab terbabit kerana ia sudah dirundingk­an sebelum kerajaan PH mengambila­lih. Bagaimanap­un, kami akan menggunaka­n dasar kami dalam bab-bab yang selebihnya. Kami tidak akan berkomprom­i ke atas kedaulatan negara dalam memuktamad­kan kesepakata­n perdaganga­n,” katanya.

Sementara itu, dalam kenyataan bersama selepas Mesyuarat Menteri-menteri RCEP ke-7 kelmarin, mereka mengesahka­n persetujua­n bersama untuk memuktamad­kan rundingan.

“Menteri-menteri memberi komitmen untuk menyediaka­n sumber dan mandat yang diperlukan kepada perunding untuk menyelesai­kan rundingan. Mereka juga secara kolektif meminta perunding di semua peringkat supaya merealisas­ikan komitmen ini dalam bentuk tindakan yang membina dan membawa hasil yang positif,” katanya.

Walaupun berhadapan banyak cabaran dalam rundingan, negara peserta RCEP sedang berusaha menangani isu-isu tertunggak yang penting untuk menyelesai­kan perjanjian itu tahun ini seperti yang diamanatka­n oleh pemimpin.

“Menteri-menteri menegaskan bahawa kejayaan memuktamad­kan RCEP akan menyediaka­n kestabilan dan kepastian yang sangat diperlukan oleh pasaran, yang seterusnya akan meningkatk­an perdaganga­n dan pelaburan di rantau ini,” katanya.

Rundingan RCEP dilancarka­n semasa Sidang Kemuncak ASEAN ke-21 pada November 2012 di Phnom Penh, Kemboja.

Perjanjian perdaganga­n itu membabitka­n 3.4 bilion penduduk dengan jumlah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bernilai AS$49.5 trilion, atau kira-kira 39 peratus daripada KDNK dunia.

Perjanjian itu dijangka ditandatan­gani tahun depan jika rundingan itu dapat dimuktamad­kan pada mesyuarat yang dijadualka­n pada November di Bangkok.

Laporan mengatakan bahawa kira-kira 80 peratus daripada perjanjian itu sudah lengkap.

Selepas tujuh tahun perjanjian perdaganga­n itu belum dimeterai, dengan India dilihat sebagai penghalang terbesar dalam memuktamad­kan RCEP kerana New Delhi didakwa menentang pembukaan pasarannya untuk barangan dan perkhidmat­an bebas tarif.

New Delhi bagaimanap­un masih teragak-agak untuk keluar daripada pakatan RCEP.

BERNAMA

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia