Berita Harian

Sistem pentadbira­n Malaysia unik

Pendedahan awal kepada murid mampu elak perbuatan tidak diingini kelak

- Oleh Maria Uffa Zulkafeli maria.uffa@bh.com.my

Mengenali Yang di-pertuan Agong di Malaysia harus diterapkan dalam diri setiap murid supaya rasa hormat kepada ketua negara itu dapat disemai sejak kecil.

Perkara itu wajar bagi memastikan generasi muda mempunyai kesedaran betapa pentingnya institusi beraja dan peranan Raja Berperlemb­agaan di negara ini.

Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Jalan Empat, Bandar Baru Bangi, Puan Ainon Mohamed Salehuddin, berkata rasa hormat yang disemai dalam diri sejak dari sekolah rendah membolehka­n mereka lebih menghargai dan menghormat­i Yang di-pertuan Agong terdahulu serta yang sedang menggalas tugas sebagai ketua negara ketika ini.

Beliau berkata, pendedahan bermanfaat itu sekali gus dapat mengelak daripada berlakunya perkara tidak diingini seperti menghina peranan sesebuah institusi beraja atau ketua negara yang pernah berlaku dan tular dalam media sosial.

“Sebab itu dalam mata pelajaran di sekolah, murid ada diajar mengenai peranan Yang di-pertuan Agong, bagaimana sistem penggilira­n jawatan dilakukan dan sejarah yang berkaitan peranan institusi beraja.

“Di setiap kelas dan sudut tertentu di sekolah pun turut digantung potret Yang di-pertuan Agong bagi menaikkan rasa semangat dan hormat rakyat kepada ketua negara,” katanya.

Puan Ainon berkata, sentimen negatif dan tidak hormat kepada ketua negara perlu diperbetul­kan sejak dari usia muda.

Beliau berkata, hal itu kerana apabila dewasa kelak generasi itu tahu bahawa peranan ketua negara cukup besar dalam mengekalka­n keharmonia­n dalam negara.

Katanya, penggunaan gajet dan media sosial sukar untuk dikawal atau disekat kerana perkembang­an teknologi yang semakin canggih dan membangun.

“Bagaimanap­un, sebagai guru dan warga pendidik, kami berperanan memberi pengetahua­n yang sebaiknya supaya murid tahu mengenai tanggungja­wab mereka sebagai rakyat yang mempunyai Yang di-pertuan Agong sebagai ketua negara berdaulat ini.

“Penerapan nilai murni dan rasa hormat ini jika diterapkan sejak kecil mampu menjadikan seseorang murid itu rakyat yang bersopan santun dan penuh dengan adab tatasusila,” katanya.

Puan Ainon berkata, kedudukan Perlembaga­an Raja-raja di Malaysia tidak boleh dipertikai­kan dan kedudukan mereka yang istimewa dalam Perjanjian Persekutua­n Tanah Melayu, Perlembaga­an Merdeka dan Perlembaga­an 1963 adalah terpelihar­a.

Katanya, Malaysia satu-satunya negara di dunia mempunyai paling ramai Raja / Sultan yang memerintah dalam sembilan daripada 14 negeri dalam pertubuhan Persekutua­n.

 ??  ?? Puan Ainon Mohd Salehuddin
Puan Ainon Mohd Salehuddin
 ??  ?? Yang di-pertuan Agong, Al-sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-mustafa Billah Shah (kiri), diiringi Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandaria­h Al-marhum Al-mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-haj (dua kiri) sangat prihatin dengan keadaan rakyat.
Yang di-pertuan Agong, Al-sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-mustafa Billah Shah (kiri), diiringi Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandaria­h Al-marhum Al-mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-haj (dua kiri) sangat prihatin dengan keadaan rakyat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia