Berita Harian

Kacau kekasih orang disyaki punca dibunuh

Polis masih jalankan siasatan terperinci, 11 individu ditahan

- Oleh Nor Fazlina Abdul Rahim nfazlina@nstp.com.my

Kota Bharu: Polis tidak menolak kemungkina­n seorang pemuda dibunuh dan dibakar pada Rabu lalu di Pasir Puteh, kerana mengganggu teman wanita seorang suspek.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, Asisten Komisioner Wan Khairuddin Wan Idris, bagaimanap­un berkata siasatan terperinci masih dijalankan.

Katanya, susulan kejadian itu, pihaknya menahan 11 individu, termasuk empat wanita menerusi serbuan kelmarin hingga semalam bagi membantu siasatan.

“Penahanan semua individu berusia antara 16 hingga 55 tahun itu dilakukan secara berasingan sekitar Pasir Puteh dan daerah berhampira­n.

“Siasatan awal mendapati kejadian berkenaan berpunca daripada mangsa mengganggu teman wanita salah seorang suspek,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Beliau berkata, hasil bedah siasat mendapati mangsa mati akibat pukulan objek tumpul pada kepala, selain beberapa tikaman di bahagian badan.

Akhbar sebelum ini melaporkan, seorang pemuda berusia 20-an ditemui terapung dalam anak sungai dengan keadaan badan terbakar di Kampung Puyu dekat Pasir Puteh pada Rabu lalu.

Hasil bedah siasat dapati mangsa mati akibat pukulan objek tumpul pada kepala, selain beberapa tikaman di bahagian badan. Wan Khairuddin Wan Idris, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia