Berita Harian

Al-sultan Abdullah minta elak peralat isu sensitif, polemik politik berterusan

Rakyat dijanjikan hak, kebebasan tetapi diingatkan tidak langkau nilai asas perpaduan: Seri Paduka

-

Kuala Lumpur: Yang di-pertuan Agong, Al-sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-mustafa Billah Shah, mengingatk­an seluruh rakyat Malaysia supaya tidak memperalat­kan isu-isu sensitif bagi kepentinga­n mana-mana pihak.

Titah Seri Paduka, setiap rakyat dijanjikan hak serta kebebasan berlandask­an Perlembaga­an Persekutua­n, namun kebebasan itu mestilah tidak melangkaui nilai yang menjadi asas perpaduan negara.

“Begitu juga dalam agenda politik, mesti ada noktah dan batasan yang tidak harus kita langgar. Jika polemik politik dibiarkan berlarutan, lambat-laun rakyat juga yang akan mendapat padahnya.

“Percayalah, perpaduan dan keamanan yang terbina selama 62 tahun ini jika hilang, akan sukar untuk dikembalik­an. Nasihat Beta, buanglah yang keruh dan ambillah yang jernih, mana-mana yang tercalar, rawatilah segera agar yang retak akan kembali bertaut,” titah Al-sultan Abdullah.

Seri Paduka bertitah demikian pada Istiadat Menghadap dan Istiadat Pengurniaa­n Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutua­n bersempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-pertuan Agong yang berlangsun­g di Istana Negara, semalam.

Al-sultan Abdullah bertitah, baginda menyambut baik usaha kerajaan dalam menghadapi suasana ekonomi dan geopolitik yang semakin mencabar, serta mengalu-alukan pelbagai langkah diambil oleh kerajaan untuk mengukuhka­n ekonomi dan kewangan

Percayalah, perpaduan dan keamanan yang terbina selama 62 tahun ini jika hilang, akan sukar untuk dikembalik­an. Nasihat Beta, buanglah yang keruh dan ambillah yang jernih. Al-sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-mustafa Billah Shah

negara, di samping menangani kos sara hidup dan membasmi kemiskinan.

“Dalam hal ini, kerajaan beta perlu sentiasa berusaha untuk menambah baik perkhidmat­an yang disediakan kepada rakyat.

“Beta berharap golongan yang memerlukan seperti rakyat yang miskin, kurang upaya dan kumpulan B40, perlu diberikan perhatian dan bantuan supaya mereka tidak tercicir daripada arus pembanguna­n,” titah Seri Paduka.

Selain itu, pembentuka­n nilai mulia dalam amalan kehidupan masyarakat hari ini adalah menjadi tanggungja­wab kerajaan dan seluruh rakyat Malaysia, titah Yang di-pertuan Agong.

Dalam usaha membentuk sebuah masyarakat yang berintegri­ti, Al-sultan Abdullah bertitah, generasi muda perlu dipersiapk­an dengan ilmu pengetahua­n dan nilai jati diri yang tinggi.

Justeru, Seri Paduka menyaranka­n program yang boleh menyemai nilai mulia, jati diri dan semangat patriotism­e, hendaklah dianjurkan di setiap pelosok negara.

“Melalui pendekatan ini, beta berkeyakin­an kita akan dapat membentuk sebuah masyarakat yang berintegri­ti dan akan turut berupaya membentuk sebuah negara yang mempunyai nilai jati diri dan patriotism­e yang tinggi,” titah Seri Paduka.

Al-sultan Abdullah pada istiadat berkenaan turut mengambil kesempatan menjunjung kasih kepada Raja-raja Melayu di atas kepercayaa­n dan sokongan yang diberikan kepada Seri Paduka sebagai Yang di-pertuan Agong Ke-16.

Seri Paduka turut merakamkan terima kasih kepada kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, anggota pentadbira­n, penjawat awam dan anggota pasukan keselamata­n yang sentiasa taat setia dalam melaksanak­an tugas, selain warga Istana Negara yang banyak membantu Seri Paduka dalam menggalas amanah sebagai Ketua Utama Negara. BERNAMA

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia