Berita Harian

21 IPG ditutup tahun depan

Laporan Mohd Azrone Sarabatin

- Oleh Mohd Azrone Sarabatin azrone@bh.com.my

Kuala Lumpur: Sebanyak 21 daripada 27 Institut Pendidikan Guru (IPG) di seluruh negara dicadang ditutup secara berperingk­at mulai tahun depan.

Serentak itu, tahun ini difahamkan menjadi tahun terakhir pengambila­n penuntut oleh 21 institusi terbabit.

Selepas ini, hanya enam kampus IPG dikatakan akan terus beroperasi dengan tanggungja­wab lebih besar bagi melatih bakal guru diberikan kepada universiti awam (UA).

Pengumuman terperinci mengenai perkara berkenaan dijangka dibuat pada pembentang­an Belanjawan 2020 di Dewan Rakyat pada 11 Oktober ini.

Sumber memberitah­u BH , 10 daripada kampus yang dicadang ditutup, dirancang dijadikan pusat latihan dalam perkhidmat­an dan juga berstatus secara wujud bersama (co-exist) dengan Kolej Vokasional (KV) dan politeknik.

“Baki 11 lagi IPG yang dicadang ditutup itu dirancang dijadikan Institut Latihan Awam (ILA) atau untuk tujuan lain,” katanya.

Dalam Bajet 2017 ketika pentadbira­n kerajaan terdahulu, tujuh IPG diumumkan akan ditukar status kepada KV atau politeknik, manakala dua lagi akan diubah fungsinya menjadi Pusat Permata Negara yang kini dikenali dengan nama Program Genius.

Dua IPG diumum menjadi Pusat Permata ketika itu adalah Kampus Raja Melewar di Negeri Sembilan dan Kampus Tuanku Bainun di Pulau Pinang. Bagaimanap­un, bantahan pelbagai pihak menyebabka­n cadangan berkenaan ditangguhk­an.

Susulan itu, pada Mac lalu, Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik mengumumka­n kerajaan membatalka­n keputusan pentadbira­n terdahulu yang mahu IPG terbabit ditukar fungsi selepas melihat banyak pandangan dan keperluan untuk diteruskan.

Kenyataan sumber

Bagaimanap­un, kebelakang­an ini timbul semula desas-desus mengenai cadangan menutup 21 IPG secara berperingk­at mulai tahun depan.

Sumber berkata, pada awal bulan lalu, rektor dan pegawai kanan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) sudah dipanggil Ketua Setiausaha Negara untuk membincang­kan cadangan penutupan berkenaan.

“Rektor IPGM kemudian memanggil semua pengarah IPG seluruh negara untuk memaklumka­n cadangan itu. IPG yang bakal ditutup belum dimuktamad­kan, tetapi difahamkan kebanyakan­nya adalah di bandar besar seperti Kuala Lumpur.

“Alasan penutupan adalah bagi tujuan penjimatan kewangan kerajaan untuk menyelengg­ara institusi berkenaan,” katanya.

Sementara itu, sumber berlainan memberitah­u BH, antara IPG bakal ditutup adalah Kampus Bahasa Melayu dan Kampus Bahasa Antarabang­sa di Lembah Pantai, selain Kampus Ilmu Khas di Cheras.

Katanya, beliau dimaklumka­n mengenai perkara itu oleh salah seorang pegawai kanan IPGM yang terbabit menyediaka­n kerja kertas cadangan penutupan berkenaan.

“Sekiranya cadangan ini dilaksanak­an, kerajaan perlu beri jaminan bahawa kebajikan pensyarah di IPG akan diberi perhatian sewajarnya terutama dari segi jarak penempatan mereka di organisasi atau institusi baharu,” katanya.

Baki 11 lagi IPG yang dicadang ditutup itu dirancang dijadikan Institut Latihan Awam (ILA) atau untuk tujuan lain.

 ?? (Foto Mohd Yusni Ariffin/bh) ??
(Foto Mohd Yusni Ariffin/bh)
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia