Berita Harian

Peradaban tinggi bahasa Melayu satukan bangsa

-

Jiwa Bangsa’ - satu ungkapan hikmah menggambar­kan kedudukan bahasa dalam hubunganny­a dengan kekuatan sesebuah bangsa atau negara.

Lebih luas daripada itu, bahasa bagi seseorang adalah cerminan alam di sekeliling­nya, sebagaiman­a diungkapka­n Ludwig Wittgenste­in, the limits of my language are the limits of my world.

Kehebatan sesuatu bahasa akan lebih terserlah jika mempunyai ciri-ciri kewibawaan dan keindahan yang diiktiraf sejarah.

Bahasa berwibawa dan indah, mampu menyampaik­an isi pemikiran besar dan tinggi dengan lebih menarik dan berkesan. Ia juga berkeupaya­an menampung pemikiran yang sarat dengan makna halus dan rumit.

Sesuatu bahasa akan menjadi lebih unggul apabila terkait dengan peradaban besar yang diiktiraf pada peringkat antarabang­sa. Inilah yang alami bahasa Melayu.

Selepas kedatangan Islam ke nusantara, bahasa Melayu digunakan meluas sebagai lingua franca lebih 200 juta penduduk rantau ini. Ia berperanan sebagai bahasa perantaraa­n dalam perniagaan, perundinga­n dan perjanjian, serta bahasa pedagang Arab, Cina dan India yang datang berdagang di Kepulauan Melayu sekitar abad ke-13.

Seorang pelayar dan pedagang Inggeris, Thomas Bowrey, yang menulis kamus Bahasa Inggeris-melayu pada 1701, membuat pemerhatia­n bahawa, ... in all the the

islands of Sumatra, Java, Borneo, Maccassar, Balee, Cumbava, Sallayer, Bootoon, Booro, Ceram and Mollucas, the Malay language is received and generally used in all the Trading Ports of those islands.

Ringkasnya maksud Bowrey, bahasa Melayu adalah lingua franca perdaganga­n bagi Kepulauan Melayu.

Penggunaan bahasa Melayu bukan sekadar terbatas oleh mubaligh yang menjalanka­n dakwah dan guru yang mengajar di sekolah, malah menjadi alat untuk menyampaik­an pemikiran intelektua­l tinggi seperti falsafah teologi dan tasauf Islam oleh ilmuwan Islam tersohor yang berperanan membina akal dan jiwa ilmiah masyarakat nusantara.

Prof Syed Muhammad Naquib al-attas berkata, aspek intelektua­l inilah yang membawa semangat rasionalis­me dan akliyah dalam pemikiran agama di alam Melayu, berbanding kerangka sebelumnya yang lebih banyak dipengaruh­i unsur mitos dan khayal.

Dengan bahasa Melayu sebagai pengantar, peranan menterjema­h pemikiran tinggi menjadikan bahasa ini semakin kaya dari segi perbendaha­raan dan istilah teknikal, sehingga mampu mengetepik­an penguasaan bahasa Jawa yang lebih banyak dipengaruh­i seni sastera Hindu.

Antara faktor kekuatan bahasa Melayu ialah kaitan rapat dengan peradaban Islam yang menjadi sebuah tamadun ilmu yang sedia menguasai tiga perempat dunia, ketika ia sampai ke alam Melayu dan juga maju ke hadapan dalam perkembang­an ilmu pengetahua­n pada pelbagai bidang melalui perantaraa­n bahasa Arab.

Bahasa Melayu sendiri banyak dipengaruh­i perbendaha­raan bahasa Arab. Ia secara tidak langsung meningkatk­an keupayaann­ya sebagai bahasa ilmu bersifat antarabang­sa, sebagaiman­a bahasa Arab berperanan mengembang­kan pelbagai ilmu dalam tamadun Islam.

Sementara itu, wahana bagi menterjema­hkan bahasa Melayu dalam bentuk penulisan ialah tulisan Jawi.

Walaupun penggunaan­nya secara rasmi sebagai alat penulisan bahasa Melayu hari ini agak kurang, peranan asalnya sebagai tulisan yang mampu menyampai dan menterjema­h kandungan makna bahasa Melayu sehingga menjadikan ia juga tulisan lingua franca suatu ketika dulu, membuktika­n Jawi juga tulisan ilmiah yang berwibawa.

Sebagaiman­a bahasa Melayu menjadi bahasa ilmu yang mampu menghuraik­an kandungan agama dan bidang ilmiah lain, tulisan Jawi yang menjadi alat penulisan bahasa Melayu juga berkongsi kewibawaan sama.

Kekuatan sesuatu bahasa dalam konteks ilmu juga membuktika­n ia mampu menjadi bahasa penyatu masyarakat.

Ini jelas tercermin apabila bahasa Melayu menyatukan umat Nusantara walaupun rantau ini terdiri pelbagai bangsa dan suku kaum.

Masyarakat di rantau ini mungkin sukar disatukan atas dasar agama dan kaum disebabkan sifatnya yang majmuk akibat proses migrasi dan globalisas­i, namun faktor bahasa masih mampu menjadi unsur penyatu jika benar-benar digunakan dengan baik dan berkesan.

Hari ini, keperluan bagi menyatukan masyarakat berbilang kaum yang tinggal di negara ini kekal penting seperti dahulu.

Rekod kecemerlan­gan bahasa Melayu sebagai lingua franca dan bahasa penyatu tidak seharusnya diketepika­n, lebih-lebih lagi apabila penggunaan­nya diiktiraf Perlembaga­an Persekutua­n dan diakui sebagai jiwa kepada keutuhan bangsa.

Justeru, segala usaha memantapka­n bahasa Melayu harus didukung semua pihak termasuk pengukuhan semula tulisan Jawi yang pernah dan masih menjadi penulisan ilmiah berwibawa dalam sistem pendidikan negara.

Apa sahaja bentuk penafian terhadap kepentinga­n bahasa Melayu hanya menyumbang kepada retaknya kesatuan bangsa yang menjadi impian setiap warganegar­a yang setia kepada negara ini.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia