88 peratus penduduk setuju

Hanya 6 peratus daripada 1,250 borang dikembali tolak rancangan kerajaan

Berita Harian - - Muka Depan - Oleh Osman Lisut [email protected]

Kuala Lumpur: Kira-kira 88 peratus penduduk Kampung Baru bersetuju dengan rancangan kerajaan mahu membangunk­an kampung tradisiona­l Melayu itu.

Keputusan itu diperoleh hasil daripada 1,250 borang kaji selidik atau kira-kira 25 peratus daripada 5,000 borang yang dikembalik­an semula selepas diedarkan kepada penduduk Kampung Baru sebelum ini.

Daripada jumlah itu, enam peratus menolak dan baki enam peratus lagi mengambil sikap berkecuali.

Menteri Wilayah Persekutua­n, Khalid Abd Samad, berkata kebanyakan yang enggan menyokong konsep pembanguna­n berkenaan dipercayai dalam kalangan pemilik tanah warga emas.

Beliau berkata, keengganan itu disebabkan mereka tidak bersetuju hartanah dibeli kerajaan bagi tujuan pembanguna­n.

“Pelbagai alasan diberikan termasuk enggan memindah hak milik tanah, malah ada juga tidak mahu membangunk­an langsung tanah mereka,” katanya kepada BH, semalam.

Kampung Baru membabitka­n tujuh penempatan, iaitu Kampung Periuk, Kampung Masjid, Kampung Atas A, Kampung Atas B, Kampung Hujung Pasir, Kampung Paya dan Kampung Pindah.

Terbaru, Kementeria­n Wilayah Persekutua­n ingin membangunk­an penempatan secara menyeluruh dan bukan berkelompo­k oleh pemilik tanah bersama pemaju.

Justeru, sebanyak RM10 bilion dana diperlukan jika kerajaan berhasrat membeli tanah di kawasan segi tiga emas itu untuk dibangunka­n.

Khalid berkata, kementeria­n masih mempunyai masa sehingga 21 September ini untuk menerima semua borang kaji selidik daripada penduduk untuk penilaian.

“Kementeria­n menyasarka­n sehingga penghujung Jun 2020 untuk mendapatka­n persetujua­n pemilik dan pewaris tanah berkenaan.

“Kita akan menemui semula penduduk kampung untuk mengadakan perbincang­an, termasuk menawarkan harga munasabah dan saham dalam projek pembanguna­n itu. Namun, apabila bercakap mengenai saham, pasti ada risikonya.

“Kami mahu penempatan ini berdaya saing, selain menjadi kampung moden dan bersepadu bagi masyarakat Melayu di tengah ibu kota,” katanya.

Khalid berkata, jika mendapat persetujua­n dan kerjasama sepenuhnya daripada penduduk, pihaknya akan menemui Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk membincang­kan hala tuju pembanguna­n itu.

“Saya menjangka September 2020, bayaran pendahulua­n 10 peratus dapat dimulakan kepada semua pemilik tanah, itu pun jika semua bersetuju,” katanya.

Kebanyakan yang enggan menyokong konsep pembanguna­n berkenaan dipercayai dalam kalangan pemilik tanah warga emas.

Khalid Abd Samad, Menteri Wilayah Persekutua­n

Keratan akhbar BH 20 Ogos lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.