Farhash Wafa Salvador serah diri kes merusuh di Ampang

Berita Harian - - Muka Depan -

Kuala Lumpur: Polis semalam menahan Ketua PKR Perak, Farhash Wafa Salvador, yang dikehendak­i bagi membantu siasatan kes berhubung kejadian serangan di sebuah Kompleks Sukan di Ampang, 31 Ogos lalu.

Farhash, 37, yang juga Setiausaha Politik kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ditahan ketika menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya pada jam 10 pagi semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat, berkata Farhash dibebaskan dengan jaminan polis kira-kira jam 5 petang.

“Suspek memberikan kerjasama kepada polis dalam tindakan polis melengkapk­an siasatan.

“Proses siasatan dijalankan, manakala ujian saringan awal air kencing turut dibuat dan didapati negatif daripada penggunaan dadah.

“Kes akan dirujuk kepada pejabat Peguam Negara untuk arahan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Sebelum ini, Farhash diklasifik­asikan sebagai individu dikehendak­i polis susulan tindakanny­a menghilang­kan diri daripada membantu siasatan berhubung kejadian serangan di sebuah Kompleks Sukan di Ampang, 31 Ogos lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, dilaporkan berkata, usaha mengesan Farhash tetap dijalankan walaupun mangsa dalam kes itu sudah menarik balik laporan polis yang dibuat.

Dalam kejadian jam 9 malam itu, mangsa yang menguruska­n perlawanan Muay Thai anak didiknya dikatakan dihampiri seorang lelaki yang tiba-tiba menolak mukanya sehingga berlaku kekecohan sebelum penganjur meminta mereka beredar dari kawasan kompleks sukan.

Proses siasatan dijalankan, manakala ujian saringan awal air kencing turut dibuat dan didapati negatif daripada penggunaan dadah.

Fadzil Ahmat, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor

Farhash Wafa Salvador

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.