Syor tiada lantikan baharu belum dibincang: Tun M

Berita Harian - - Muka Dua -

Alor Setar: Kerajaan belum berbincang dan membuat sebarang keputusan berhubung cadangan tiada lagi lantikan baharu dalam perkhidmat­an awam di bawah Skim Tetap dan Berpencen, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri berkata, bagaimanap­un pihaknya menyedari terdapat masalah pada skim sedia ada kerana kerajaan perlu mengeluark­an kos yang tinggi bagi pembayaran pencen ketika ini.

“Pencen sekarang menjadi masalah kerana ada pegawai kanan ketika ini mendapat gaji besar sehingga RM20,000 sebulan dan mereka akan mendapat pencen separuh daripada gaji terakhir itu.

“Dahulu gaji pegawai kanan tidak lebih RM6,000 atau RM7,000 sebulan dan mereka dapat pencen kira-kira RM3,000 sebulan, tetapi kita faham kos hidup juga meningkat jadi kita kena kaji skim pencen sepanjang masa,” katanya selepas merasmikan Konvensyen Padi Kebangsaan 2019 di sini, semalam.

Sebelum ini, Ketua Pengarah Perkhidmat­an Awam, Tan Sri Borhan Dolah berkata, mekanisme baharu menggantik­an Skim Pencen Perkhidmat­an Awam dijangka dilaksanak­an tahun depan membabitka­n lantikan baharu dalam sektor itu.

Ada masalah pada skim sedia ada kerana kerajaan perlu mengeluark­an kos yang tinggi bagi pembayaran pencen ketika ini.

Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.