Pesawah cemerlang ikut jadual MADA

Berita Harian - - Nasional -

Alor Setar: Penerima Anugerah Pesawah Cemerlang 2019, Jaafar Zakaria, meminta pesawah tidak cepat putus asa dan sentiasa mencari teknik tanaman padi terbaik, bagi meningkatk­an hasil mereka.

Jaafar, 46, yang berpengala­man menanam padi sejak berusia 15 tahun berkata, pencapaian­nya yang mampu meraih pendapatan sehingga RM50,000 semusim bukan datang dengan mudah.

Katanya, pada usia muda beliau mula menanam padi di sawah seluas 0.4 hektar dan pernah berdepan kegagalan, apabila tanamannya tidak mengeluark­an hasil selain diserang haiwan perosak.

“Bukan mudah untuk berjaya kerana saya belajar sendiri pelbagai kaedah tanaman. Ada teknik yang menjadi dan ada yang tidak, namun itu bukan pematah semangat.

“Kegagalan mengajar saya menjadi lebih kuat dan tanpa putus asa, saya terus belajar.

“Melalui bantuan latihan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), saya belajar kaedah penanaman yang betul,” katanya pada sesi perkongsia­n pengalaman pada Konvensyen Padi Kebangsaan 2019 di sini, semalam.

Jaafar yang menjadi ikon pesawah selepas menerima Anugerah Peladang Jaya MADA 2019 berkata, beliau kini mengusahak­an 13 hektar sawah milik sendiri di Kerpan dan menyewa sawah di Sanglang.

“Antara rahsia saya adalah melakukan teknik penanaman mengikut jadual yang ditetapkan MADA, bagi memastikan pengeluara­n beras adalah berkualiti serta dihasilkan secara konsisten.

“Saya juga akan turun ke sawah dan periksa sendiri keadaan tanaman, walaupun memiliki pekerja kerana ingin memastikan tiada haiwan perosak menyerang pokok padi,” katanya.

(Foto Mohamad Hussin/bh)

Jaafar bersama sijil dan piala Anugerah Pesawah Cemerlang 2019 yang dimenangin­ya pada Konvensyen Padi Kebangsaan 2019 di Alor Setar semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.