Ulat lipat daun perosak padi

Berita Harian - - Nasional -

Alor Setar: Ulat lipat daun dikenal pasti sebagai haiwan perosak paling aktif menyerang tanaman padi, sehingga menyebabka­n kerosakan di kawasan sawah seluas 11,686 hektar di Semenanjun­g Malaysia.

Penolong Pengarah Biosekurit­i Tumbuhan Jabatan Pertanian, Emi Faizal Mohd Borham, berkata data mengenai serangan haiwan perosak itu berdasarka­n bancian yang dilakukan jabatan sepanjang tahun lalu.

Katanya, serangan kedua tertinggi haiwan perosak membabitka­n ulat batang yang menjejaska­n tanaman seluas 7,933 hektar, bena perang (2,371 hektar) dan kesing (1,970 hektar).

“Paling kita bimbang adalah bena perang yang menyerang padi berusia 80 hari ke atas. Ia menyerang dengan cara menghisap cairan batang padi sehingga pokok menjadi kering dengan pesawah menggelar serangan ini sebagai ‘bom’.

“Serangan bena perang berlaku ketika padi hampir dituai dan pesawah selalunya sudah berasa selamat dan jarang memantau haiwan perosak,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.