Agong terima kunjungan Putera Edward

Berita Harian - - Nasional -

Kuala Lumpur: Yang di-pertuan Agong, Al-sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-mustafa Billah Shah semalam, berkenan menerima menghadap Putera Edward dari Britain, di Istana Negara.

Yang turut hadir, Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandaria­h.

Putera Edward yang juga Earl of Wessex itu sedang melakukan lawatan dua hari ke Malaysia, sebahagian dari siri lawatan beliau ke Australia.

Ini pertemuan kali pertama antara Yang di-pertuan Agong dengan seorang anggota kerabat diraja Britain sejak Al-sultan Abdullah mengangkat sumpah, sebagai Yang di-pertuan Agong XVI pada Januari lalu.

Jadual lawatan Putera Edward ke Malaysia, termasuk menghadiri Persidanga­n Serantau Asia Pasifik Duke of Edinburgh Internatio­nal Award, dalam kapasitiny­a selaku pemegang amanah Yayasan Duke of Edinburgh’s Internatio­nal Award.

Beliau juga dijadual menyertai meja bulat belia bagi membincang­kan nilai pendidikan tidak formal.

Sebagai Naib Penaung Sukan

Al-sultan Abdullah berkenan menerima menghadap Putera Edward,

Komanwel, Prince Edward akan dibawa menyaksika­n atlet Malaysia beraksi menjelang Sukan Komanwel 2022 di Birmingham.

Dalam kenyataan dikeluarka­n sebelum lawatan itu, Pesuruhjay­a Tinggi Britain ke Malaysia, Charles Hay, berkata lawatan itu akan membabitka­n bidang kepentinga­n yang luas, iaitu dari pendidikan dan perkongsia­n kesukanan kepada usaha bersama menangani bahan plastik buangan serta memulihara lautan.

Kali terakhir Putera Edward melawat Malaysia pada 2004, juga berkaitan Yayasan Duke of Edinburgh’s Internatio­nal Award.

Beliau adalah putera bongsu Queen Elizabeth II Britain dan Duke of Edinburgh. BERNAMA

(Foto Bernama)

ditemani Tunku Azizah Aminah Maimunah. di Istana Negara, semalam, sambil

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.