‘Tangan ghaib’ usah masuk campur keputusan dasar: NUTP

Berita Harian - - Nasional -

Kuala Lumpur: Kesatuan Perkhidmat­an Perguruan Kebangsaan (NUTP) menyelar ‘tangan ghaib’ yang campur tangan dalam perkara berkaitan dasar, seperti isu cadangan penutupan 21 daripada 27 Institut Pendidikan Guru (IPG) di seluruh negara, sebaliknya mahu ia diumumkan oleh menteri berkaitan saja.

Setiausaha Agung NUTP, Harry Tan Huat Hock, berkata perkara berkenaan tidak sepatutnya diumumkan tanpa memikirkan impak kepada pensyarah masih bertugas di IPG berkenaan.

Beliau yang merujuk kepada sumber dalam laporan khas BH semalam, mendakwa pengumuman seperti itu tidak berhemah.

“Perkara ini berkaitan dasar bukan operasi, jadi kenapa pihak yang bukan pembuat dasar mengumumka­nnya. Pengumuman itu mengejutka­n ramai pihak, terutama pensyarah. Mereka rasa seperti telur di hujung tanduk.

“Kita memang mempelopor­i isu ini dan berterima kasih kepada pihak menteri yang menyelesai­kannya, tetapi ada pula ‘tangan ghaib’ yang mengacau keadaan,” katanya ketika dihubungi BH, di sini, semalam.

Huat Hock berkata, jika pada masa depan kerajaan bercadang membuat sebarang perubahan, ia wajar dilakukan dengan berhemah.

“Jika ada berlaku perubahan terhadap fungsinya, ia perlu dilakukan dengan berhemah supaya boleh menjaga kebajikan pensyarah.

“Malah, berdasarka­n Akta Pendidikan 1996, Bab 9 menyatakan maktab atau lebih dikenali sebagai IPG adalah satu-satunya institusi pendidikan khusus untuk memberi latihan perguruan di Malaysia.

“Selain ia sudah melahirkan guru berprestas­i tinggi dan kompeten, kesan penutupan IPG akan memberi impak dan masalah kepada pensyarah, kerana mereka perlu digerakkan secara besar-besaran ke institusi pendidikan lain,” katanya.

Sementara itu, Kementeria­n Pendidikan (KPM) turut mengeluark­an kenyataan menafikan laporan berkenaan.

“KPM berpandang­an, sebarang perancanga­n harus membabitka­n semua pemegang taruh terutama pensyarah dan pelajar IPG.

“Jadi, adalah tidak munasabah perkara seperti penutupan 21 IPG ini dibincangk­an ketika KPM sedang berusaha melaksanak­an penambahba­ikan dalam latihan perguruan, bagi meningkatk­an kualiti latihan guru di negara ini,” katanya.

Maszlee bergambar bersama pelajar SMK Rahmat, Kuala Sungai Baru, di Alor Gajah,

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.