Penutupan IPG tak benar

Maszlee dakwa cadangan dibuat kerajaan terdahulu

Berita Harian - - Nasional - Oleh Fairuz Zaidan fairuzaida­[email protected]

Itu tidak benar (penutupan IPG), ia adalah keputusan kerajaan lama. Kita minta pihak yang mengeluark­an berita supaya merujuk kepada kita dulu sebelum mengeluark­an kenyataan.

Maszlee Malik, Menteri Pendidikan

Alor Gajah: Cadangan mengenai penutupan 21 daripada 27 Institut Pendidikan Guru (IPG) di seluruh negara pada tahun depan adalah dasar kerajaan terdahulu, menurut Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik.

Sehubungan itu, beliau menafikan sebarang penutupan IPG seperti didakwa dilakukan secara berperingk­at mulai tahun depan.

Maszlee juga mahu sebarang kenyataan berkaitan status IPG seharusnya merujuk kepada kementeria­n terlebih dulu.

“Itu tidak benar (penutupan IPG), ia adalah keputusan kerajaan lama.

“Kita minta pihak yang mengeluark­an berita supaya merujuk kepada kita dulu sebelum mengeluark­an kenyataan,” katanya pada sidang media sempena Lawatan Kerja Menteri Pendidikan ke Parlimen Masjid Tanah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Rahmat, Kuala Sungai Baru, di sini, semalam.

Ketika ditanya mengenai status terbaru IPG, Maszlee sekadar berkata berita itu tidak benar.

“Jadi, kita minta pihak media jika ingin mengeluark­an apa-apa berita berkaitan dasar kerajaan lama, perlu rujuk kepada kami dulu supaya dapat maklumat lebih tepat,” katanya.

Maszlee berkata demikian ketika mengulas laporan muka depan BH semalam, mengenai 21 daripada 27 IPG di seluruh negara dicadang ditutup secara berperingk­at mulai tahun depan.

Serentak itu, tahun ini difahamkan menjadi tahun terakhir pengambila­n penuntut oleh 21 institut terbabit.

Laporan berita itu menyebut, selepas ini hanya enam kampus IPG dikatakan terus beroperasi dengan tanggungja­wab lebih besar, bagi melatih bakal guru diberikan kepada universiti awam (UA).

(Foto Khairunisa­h Lokman/bh)

Menteri Pendidikan ke Parlimen Masjid Tanah, semalam. ketika Lawatan Kerja

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.