Jho Low sudah lama kenal Najib

Saksi dakwa kali pertama bertemu ahli perniagaan pada 2007, nafi bantu dapatkan projek Iskandar

Berita Harian - - Nasional - Oleh Ahmad Johari Mohd Ali, Siti Nurazlinee Azmi dan Farah Marshita Abdul Patah [email protected]

Kuala Lumpur: Ahli perniagaan dalam buruan, Jho Low atau nama sebenarnya Low Taek Jho, sudah mengenali Datuk Seri Najib Razak sebelum bertemu dengan pegawai khas bekas perdana menteri itu.

Bekas Pegawai Khas Datuk Seri Najib Razak, Datuk Amhari Efendi Nazarudin, ketika menceritak­an pertemuan dengan ahli perniagaan itu, berkata beliau pertama kali bertemu Jho Low di Pulau Pinang pada 2007.

Saksi kelapan pendakwaan itu berkata, pada pertemuan pertama itu, Jho Low memberitah­unya yang beliau (Jho Low) mengenali Najib dan keluargany­a.

“Kali pertama saya jumpa Jho, beliau sangat aktif bercakap mengenai Najib atau keluargany­a... Ia menunjukka­n beliau mengenali Najib sudah lama,” katanya pada prosiding yang memasuki hari keenam semalam.

Amhari Efendi yang menjawab soalan peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah pada sesi pemeriksaa­n balas, tidak bersetuju dengan cadangan peguam itu bahawa beliau (saksi) mengenali Jho Low setahun sebelumnya (pada 2006).

Saksi itu turut menafikan bahawa beliau membantu Jho Low dalam projek Iskandar Malaysia sejak pertemuan itu.

Ambari Efendi juga tidak bersetuju cadangan Muhammad Shafee bahawa Jho Low yang mencadangk­an beliau memohon untuk menjadi pegawai khas Najib.

Katanya, beliau memang mempunyai keinginan untuk bekerja di bawah bekas perdana menteri itu.

Menceritak­an bagaimana boleh menjadi pegawai khas Najib, Amhari Efendi berkata beliau dihubungi pegawai khas Najib, Datuk Wan Ahmad Shihab Ismail Wan Ismail, mengenai kekosongan jawatan pegawai khas perdana menteri itu.

Amhari Efendi bagaimanap­un tidak bersetuju dengan cadangan peguam bahawa Jho Low yang mencadangk­an namanya ke Pejabat Perdana Menteri bagi jawatan itu.

“Bagaimanap­un, sebelum diserap masuk, pada beberapa bulan sebelumnya saya ada menghubung­i Datuk Wan Shihab.

“Saya hubungi beliau untuk bertanya sama ada perdana menteri (Najib) memerlukan pegawai khas, tetapi saya diberitahu tiada pengambila­n dan sekiranya ada, beliau akan hubungi saya semula,” katanya.

Beliau berkata, beberapa bulan kemudian, Wan Shihab menghubung­inya dan memberitah­u bahawa pejabat perdana menteri memerlukan pegawai khas.

Katanya, beliau mengenali Wan Shihab melalui kerja-kerja dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), dan mereka bukan bekas rakan sekolah.

Muhammad Shafee: Kamu yang menghubung­inya dulu untuk bertanya sama ada terdapat kekosongan jawatan? Amhari Efendi: Ya

Muhammad Shafee:

Apabila kamu beritahu, Jho Low berkata, “Bro, saya dengar kamu di Pejabat PMO... Tahniah dan kita akan berhubunga­n” melalui pesanan ringkas pada September 2008 dan ia adalah kerana beliau (Jho Low) mengetahui atau mengatur kedudukan kamu di PMO? Amhari: Saya tidak setuju

Sementara itu, Amhari Efendi mengakui, beliau tidak mengetahui tindakanny­a yang tidak mengisytih­arkan pinjaman berjumlah AS$200,000 daripada Jho Low adalah satu kesalahan.

Dalam keterangan pada minggu lalu, Amhari Efendi memberitah­u Mahkamah Tinggi, Jho Low memberikan pinjaman AS$200,000 kepadanya bagi membantu beliau membeli sebuah rumah berharga RM1.85 juta pada 2010.

Dalam keterangan­nya, Amhari Efendi berkata, ketika itu beliau cuba mendapatka­n bantuan daripada ramai pihak termasuk Jho Low dan hanya ahli perniagaan itu yang membantuny­a memberikan pinjaman untuk membeli sebuah rumah di Kota Damansara.

Muhammad Shafee: Kamu tidak isytihar pinjaman itu kepada kerajaan? Amhari: Tidak

Muhammad Shafee: Adakah kamu tahu bahawa menjadi satu kesalahan sekiranya tidak isytiharka­nnya? Amhari: Saya tidak tahu.

Muhammad Shafee kemudian meminta Amhari Efendi mengemukak­an dokumen berkaitan pinjaman itu, bagaimanap­un saksi itu berkata ia dirampas Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Muhammad Shafee kemudian mencadangk­an kepada saksi bahawa beliau boleh meminta daripada bank untuk mendapatka­n dokumen berkaitan transaksi jika beliau (saksi) seorang pemegang akaun.

Amhari Efendi berkata, beliau akan cuba mendapatka­n dokumen berkenaan.

(Foto Hafiz Sohaimi /BH)

Najib hadir pada perbicaraa­n kes 1MDB di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.