Hubungan Rosmah, ahli perniagaan rapat: Saksi

Berita Harian - - Nasional -

Kuala Lumpur: Selain Datuk Seri Najib Razak, isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, juga mempunyai hubungan rapat dengan ahli perniagaan yang dikehendak­i pihak berkuasa, Jho Low.

Bekas Pegawai Khas Najib, Datuk Amhari Efendi Nazaruddin, yang menjawab soalan peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah pada sesi pemeriksaa­n balas, berkata Rosmah kerap menghubung­i ahli perniagaan itu melalui panggilan telefon.

Disoal Muhammad Shafee bagaimana beliau mengetahui hubungan rapat itu, Amhari berkata beliau pernah mendengar perbualan telefon antara Rosmah dan Jho Low ketika hadir dalam beberapa majlis tertutup di kediaman bekas perdana menteri,

Malah, saksi itu menjelaska­n, Rosmah pernah bercakap mengenai Jho Low ketika berbual dengan isteri bekas perdana menteri itu, tetapi tidak memberitah­unya bahawa mereka berdua adalah rapat.

Menurut Amhari Efendi, Jho Low juga pernah memberitah­unya (saksi) mengenai hubungan rapat beliau dengan Rosmah serta keluarga Najib.

“Saya mendengar perbualan mereka menerusi telefon tetapi tidak pernah ambil tahu.

“Jho Low pernah menyuruh saya diam ketika beliau menerima panggilan telefon dan memberitah­u panggilan telefon itu daripada Datin Seri Rosmah,” katanya.

Muhammad Shafee: Adakah Rosmah pernah beritahu kamu bahawa beliau rapat dengan Jho Low? Amhari: Datin Rosmah tidak cakap beliau rapat tetapi saya selalu dengar mereka kerap berbual dengan Jho Low.

Muhammad Shafee: kamu nampak?

Di mana Amhari: Pada majlis di kediaman mereka (Najib).

Muhammad Shafee: Adakah kamu hadiri sebarang majlis yang menunjukka­n betapa rapatnya mereka? Amhari: Ya, dalam beberapa majlis dan pertemuan di Jalan Langgak Duta...saya tidak mahu menggambar­kan kehidupan seseorang secara umum, tetapi dalam majlis tertutup yang dianjurkan Najjb dan Rosmah, saya nampak Jho ada di sana.

Muhammad Shafee: Kamu rumuskan hubungan rapat mereka menerusi apa yang kamu lihat?

Amhari: Ya

Amhari Efendi berkata, dalam majlis tertutup yang diadakan Najib, kebiasaann­ya membabitka­n kira-kira seratus jemputan terdiri daripada pegawai kerajaan, ahli perniagaan dan orang kenamaan.

Saksi itu bersetuju dengan cadangan Muhammad Shafee bahawa jemputan yang menghadiri majlis di kediaman Najib adalah mereka yang rapat dengan keluarga bekas perdana menteri itu.

Sementara itu, Amhari Efendi memberitah­u mahkamah, terdapat pertemuan sulit yang berlaku di antara Najib dan Jho Low sebelum ahli perniagaan itu bertemu dengan beliau dan ketuanya, Ketua Setiausaha Sulit Allahyarha­m Datuk Azlin Alias di sebuah hotel di ibu negara.

Saksi itu berkata, beliau tidak mengetahui siapa lagi yang hadir dalam pertemuan sulit itu

“Mungkin mereka berdua sahaja,” katanya.

Amhari Efendi berkata demikian ketika dirujuk dengan kenyataan beliau sebelum ini, bahawa setiap kali beliau dan Allahyarha­m Azlin bertemu dengan Jho Low di Hotel Prince, ahli perniagaan itu akan memberitah­u mereka, beliau (Jho Low) baru saja bertemu dengan Najib.

Sementara itu, disoal mengenai pemergiann­ya ke Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) bagi menyelesai­kan pertikaian 1MDB dengan Internatio­nal Petroleum Investment Company (IPIC) pada Jun 2016, Amhari Efendi berkata ia adalah arahan Najib bagi memastikan kedua-dua negara tidak merujuk pertikaian kepada Mahkamah Timbang Tara Antarabang­sa.

Menurut saksi itu, arahan berkenaan diterima terus daripada Najib.

“Saya tanya arahan lanjut, tapi Najib cakap, “Tanya Jho Low.”

Katanya, sebelum kematian Allahyarha­m Azlin, arwah yang berperanan untuk mendapatka­n pengesahan daripada Najib mengenai sebarang perkara membabitka­n 1MDB.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.