Senarai FAQ nyatakan Jho Low tidak terbabit

Soalan disediakan sendiri ahli perniagaan: Amhari

Berita Harian - - Nasional - Oleh Ahmad Johari Mohd Ali, Farah Marshita Abdul Patah dan Siti Nurazlinee Azmi [email protected]

Kuala Lumpur: Senarai soalan lazim ditanya (FAQ) yang mengecuali­kan pembabitan ahli perniagaan, Jho Low, daripada skandal 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB) dikemukaka­n kepada Datuk Seri Najib Razak.

Soalan FAQ itu disediakan sendiri oleh Jho Low atau nama sebenarnya Low Taek Jho dan Najib sendiri menerima taklimat mengenai perkara itu.

Bekas Pegawai Khas Najib, Datuk Amhari Efendi Nazaruddin, 43, yang menjawab soalan peguam bela, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, pada sesi pemeriksaa­n balas, berkata ketuanya iaitu Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri, Allahyarha­m Datuk Azlin Alias, memberikan taklimat itu kepada Najib.

“Senarai FAQ itu antaranya menyatakan dia (Jho Low) tidak terbabit dengan urusan 1MDB...JHO Low juga mencadangk­an Najib menjawab persoalan 1MDB berdasarka­n FAQ itu,” katanya.

Saksi kelapan pendakwaan itu bagaimanap­un berkata, beliau tidak ingat sama ada Najib ada ditunjukka­n dengan senarai soalan FAQ terbabit ketika menerima taklimat.

Menjawab soalan Muhammad Shafee mengenai senarai itu, saksi berkata ia tidak berada dalam simpananny­a kerana berkemungk­inan sudah ‘dilupuskan’ pada malam taklimat itu diberikan.

Beliau berkata, ia adalah mengikut seperti arahan Jho Low sebelum itu yang mengarahka­n supaya semua dokumen dimusnahka­n.

Sementara itu, Amhari Efendi berkata bekas majikannya (Najib) itu tidak pernah mengeluark­an arahan yang tidak wajar kepadanya sepanjang beliau berkhidmat.

“Seingat saya, tiada arahan salah yang diberikan kepada saya, pada pihak lain saya tidak tahu,” katanya.

Sementara itu, Muhammad Shafee mengutarak­an persoalan kepada Amhari Efendi, mengapa Jho Low tidak menjemputn­ya menyertai mesyuarat bersama Najib di rumah bekas perdana menteri itu, sebaliknya hanya bertemu di Prince Hotel.

Menjawab soalan peguam bela itu, Amhari Efendi menjawab: “Kita bukan bekerja macam itu.”

“Kami tidak dijemput menyertai mesyuarat di rumah Najib...mereka tidak jemput kami hadir sekali mesyuarat di rumah sebab ia sudah satu kebiasaan,” katanya.

Muhammad Shafee: Saya cadangkan ini adalah cara seorang penipu, sebab itu buat mesyuarat berasingan... supaya apa yang diberitahu kepada perdana menteri lain, beritahu kepada kamu dan arwah pula lain. Beliau boleh memperdaya­kan kamu dengan cara ini...kamu sedarlah sekarang, ini yang Melayu kata, ‘pecah tembelang’. Saya rasa ini subjektif.

Amhari:

Bukan setakat pertemuan itu sahaja, Muhammad Shafee turut mempersoal­kan lokasi yang dipilih iaitu Hotel Prince yang menjadi lokasi pertemuan mereka kerana saksi itu tinggal di Damansara manakala Allahyarha­m Azllin di Kajang.

Muhammad Shafee: Boleh saya tahu mengapa pertemuan di Prince Hotel? Amhari: Lokasi itu dipilih Jho Low dan saya tanya arwah, dia setuju. Saya pun aturkan lokasi itu.

Muhammad Shafee: Banyak benda berlaku di hotel itu. Ada aktiviti edar dadah ke kat situ? Saya mahu tahu mengapa pilih Prince Hotel? Amhari: Jho Low yang pilih, kami pegawai ikut saja.

Senarai FAQ itu antaranya menyatakan dia (Jho Low) tidak terbabit dengan urusan 1MDB...JHO Low juga mencadangk­an Najib menjawab persoalan 1MDB berdasarka­n FAQ itu.

Muhammad Shafee: Kamu tidak cek dengan Najib mengenai pertemuan itu? Amhari: Tidak.

Muhammad Shafee: Tempat itu bukan elok sangat, percaya kepada saya, peguam bela lagi arif apa yang berlaku di hotel di Kuala Lumpur ni.

Amhari Efendi Nazaruddin, Bekas Pegawai Khas Najib

Kenyataan spontan Muhammad Shafee membuatkan semua dalam mahkamah ketawa.

Amhari (kiri) saksi kelapan kes skandal 1MDB.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.