Individu paling rapat, beri nasihat kepada Najib

Berita Harian - - Nasional -

Kuala Lumpur: Ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low, adalah antara individu yang rapat dan boleh memberikan nasihat kepada Datuk Seri Najib Razak.

Perkara itu didedahkan bekas Pegawai Khas Najib, Datuk Amhari Efendi Nazaruddin, ketika memberi keterangan pada perbicaraa­n kes menyalahgu­nakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana RM2.3 bilion milik 1MDB yang dihadapi bekas perdana menteri itu.

Saksi kelapan pendakwaan itu, dalam keterangan­nya, berkata tidak ramai yang mengetahui siapa individu yang rapat dan boleh memberikan nasihat serta berbincang dengan Najib.

“Dalam konteks ini, Jho Low adalah salah seorang yang rapat dengan Najib selain merancang dan menyusun perkara membabitka­n strategi.

“Malah Jho Low turut berbincang dengan Najib mengenai pilihan raya dan perancanga­n politik,” katanya.

Pada prosiding perbicaraa­n yang masuk hari keenam, peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, yang mewakili Najib, dilihat mengasak Amhari berhubung pernyataan saksinya yang didakwa bercanggah.

Muhammad Shafee: Pada perenggan 17, anda menyatakan “kebanyakan masa saya atau Datuk Azlin Alias (Setiausaha Sulit Najib) semak semula arahan yang kami terima daripada Jho Low dengan Najib. Manakala di perenggan 25 anda menyatakan “saya tidak pernah mempersoal­kan setiap arahan (oleh Jho Low), namun ada kalanya dan bila perlu, Datuk Azlin atau saya sendiri pernah bertanya semula kepada Najib mengenai arahan itu untuk mendapatka­n kepastian.”

Amhari: Saya tidak bersetuju, kerana ia bergantung kepada isu atau keadaan, sama ada Najib berada di dalam atau luar negara kerana beliau sangat sibuk dan saya tidak mahu menyusahka­nnya.

Sekiranya membabitka­n perkara sensitif, akan selalu diperiksa. Kalau sangat penting seperti MH17, ia perlu diperiksa setiap setengah jam.

Pada prosiding itu, Amhari tidak bersetuju cadangan Muhammad Shafee bahawa beliau cuba mengaitkan bahawa arahan Jho Low adalah daripada Najib.

Muhammad Shafee: Anda mahu mengaitkan anak guam saya dengan menyatakan arahan Jho Low adalah daripada beliau, sedangkan anda yang sebenarnya bekerjasam­a dengan Jho Low dan menerima habuan AS$1 juta, AS$800,000 dalam akaun di Singapura dan AS$200,000 dalam bentuk pinjaman.

Amhari: Tak setuju.

Pada prosiding perbicaraa­n di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah, Amhari menolak cadangan Muhammad Shafee bahawa beliau memadamkan e-mel diterima untuk tidak mendedahka­n hubungan sebenar antara beliau dan Jho Low.

Sebaliknya Amhari, berkata perkara itu dilakukan setiap tahun.

Jho Low

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.