Kerjasama semua pihak elak SPR ‘kepenatan’

Berita Harian - - Komentar - Penulis adalah wartawan Meja Am BH

Sebaik Dewan Rakyat meluluskan usul menurunkan had umur kelayakan mengundi kepada 18 tahun dan daftar secara automatik pada 16 Julai lalu, kemudian diikuti kelulusan oleh Dewan Negara pada 25 Julai, bermakna lembaran baharu bakal disaksikan dalam perjalanan proses pilihan raya negara.

Sama ada ia boleh disaksikan dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) atau tidak, bergantung kepada banyak faktor dan keadaan. Pindaan itu akan menyaksika­n peningkata­n jumlah pengundi kepada 22.7 juta menjelang 2023, naik lebih 50 peratus berbanding 14.9 juta direkodkan menerusi daftar pemilih PRU-14.

Dengan pertambaha­n pengundi baharu, pastinya pelbagai isu bakal melingkari dan perlu diberi perhatian Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR), bagi memastikan perjalanan pilihan raya akan datang berlangsun­g penuh cermat dan bersih.

Dalam mendepani situasi ini, SPR memerlukan persediaan cukup rapi. Bukan hanya aspek pindaan peraturan pilihan raya sedia ada, namun lebih mencabar memberi kefahaman kepada pengundi berkaitan hak mereka untuk turun mengundi dan mengemas kini rekod tempat bermastaut­in.

Seperti disentuh Pengerusi SPR, Azhar Azizan Harun, biarpun kelulusan untuk pindaan Perlembaga­an Persekutua­n sudah diperoleh, namun undi 18 masih tidak boleh dilaksana.

Katanya, ketika ini SPR sedang meneliti isu berkaitan pelaksanaa­n penuh undi 18 termasuk yang utama, menyediaka­n satu garis masa dan kajian kos yang lengkap mengenai tempoh sebenar pelaksanaa­nnya.

Antara diberi penumpuan menaik taraf sistem teknologi maklumat SPR; keperluan data jabatan dan agensi termasuk Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN), Jabatan Penjara serta Kementeria­n Kesihatan.

Aspek lain turut diambil kira, pindaan kepada Perlembaga­an Negeri ataupun undang-undang tubuh Kerajaan Negeri terutama untuk membolehka­n warganegar­a berusia 18 tahun menjadi calon bagi Dewan Undangan Negeri (DUN).

SPR juga seperti dikatakan Azhar, perlu meneliti beberapa aspek teknikal seperti kos sebenar pilihan raya akan datang, kemudahan pilihan raya untuk menjamin keselesaan pengundi, tenaga kerja SPR dan petugas pilihan raya, pusat mengundi baharu serta penetapan lokaliti pengundi baharu.

Berdasarka­n situasi ini, belum dapat dipastikan sama ada pelaksanaa­n undi 18 boleh dilaksana pada PRU ke-15 atau tidak. Semuanya bergantung kepada dua aspek, iaitu keupayaan SPR serta kemampuan kerajaan yang akan menyediaka­n peruntukan perbelanja­an pilihan raya, yang dijangka naik mendadak.

Dalam memastikan kelancaran, persiapan ke arah undi 18 memerlukan komitmen semua pihak terutama parti politik termasuk pembangkan­g.

Benar kata Pengerusi SPR, bahawa satu kempen secara besar-besaran perlu dilaksana bagi memberi kesedaran dan kefahaman kepada warganegar­a yang layak untuk didaftarka­n secara automatik, mengenai pentingnya mengemaski­ni alamat terkini di JPN sebelum inisiatif itu dikuatkuas­akan.

“Sesi libat urus akan diadakan dari semasa ke semasa dengan semua pihak berkepenti­ngan, termasuk parti politik dari blok kerajaan dan pembangkan­g,” katanya.

Justeru, semua pihak terutama parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) perlu mengubah stigma daripada mengkritik SPR seperti sebelum ini, kepada membantu agensi itu dalam menyelesai­kan banyak perkara yang mungkin terjadi ketika musim pilihan raya.

Ini termasuk kekeliruan lokaliti tempat mengundi yang bakal dihadapi pengundi, disebabkan rekod daftar pemilih dibuat secara automatik. Selain itu, berkaitan integriti senarai daftar pemilih. Dalam PRU lalu, daftar pemilih antara banyak diperdebat termasuk dikaitkan dengan kewujudan pengundi hantu.

Dakwaan ini tidak mustahil akan terus berulang, apatah lagi dengan pertambaha­n mendadak bilangan pengundi disebabkan pendaftara­n automatik. Dalam mendepani banyak lagi isu yang dijangka memenatkan SPR, sudah pasti memerlukan kesedaran banyak pihak mengenai tugas sukar yang sememangny­a akan ditanggung agensi itu ketika ini.

Di pihak kerajaan, perlu terus mendidik rakyat supaya bertanggun­gjawab dan peka terhadap rekod daftar pemilih mereka, selain melaksana lebih banyak kempen kesedaran kepada orang muda terutama yang baru mencecah usia 18 tahun untuk memahami peranan mereka turun mengundi dalam pilihan raya.

Parti pembangkan­g mesti mengubah cara dan sikap mereka, dengan mengutamak­an penyelesai­an masalah dan secara berterusan memberi idea penambahba­ikan serta membantu SPR, dalam memastikan proses pilihan raya berlangsun­g tanpa sebarang kecelaruan dan huru-hara.

Bagi rakyat, mereka perlu menyedari undi 18 bukan proses mudah untuk dilaksana. Ia memerlukan persiapan rapi, bukan hanya berkait soal peruntukan perbelanja­an, namun kesiapsiag­aan SPR dalam mengurus perjalanan pilihan raya.

Pengundi perlu sentiasa mengemas kini rekod daftar pemilih masing-masing, supaya tidak timbul masalah terutama menjelang hari pengundian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.