‘Tarik balik Amanat Haji Hadi’

Dr Mahathir dakwa PAS tuduh UMNO kafir sejak dahulu

Berita Harian - - Nasional - Oleh M Hifzuddin Ikhsan, Siti Nur Mas Erah Amran dan Noorazura Abdul Rahman [email protected]

Alor Setar: PAS perlu menarik balik Amanat Haji Hadi sebelum memuktamad­kan kerjasama dengan UMNO melalui pemeteraia­n satu piagam dan memorandum persefaham­an (MOU) pada Sabtu ini.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata PAS sejak dahulu menuduh UMNO sebagai parti kafir dengan kenyataan dalam Amanat Haji Hadi itu menyebabka­n kerjasama baharu antara mereka sukar dilaksana.

“PAS dahulu kata, UMNO kafir, kalau kerjasama dengan kafir, maka PAS juga kafir. Kalau hendak kerjasama, PAS perlu tarik balik Amanat Haji Hadi dan kata UMNO sudah Islam balik.

“Kenyataan (Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang) itu masih ada, dia tidak pernah tarik balik secara rasmi,” katanya selepas merasmikan Konvensyen Padi Kebangsaan 2019, di sini, semalam.

Dr Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) berkata, Abdul Hadi juga perlu meminta maaf secara terbuka kepada UMNO kerana mengkafirk­an parti itu sebelum membuat perjanjian baharu berkenaan.

Sebelum ini, Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dalam kenyataan bersama mengumumka­n kerjasama antara kedua-dua parti akan diputuskan melalui pemeteraia­n piagam dan MOU pada 14 September ini.

Piagam dan MOU itu akan ditandatan­gani sendiri presiden kedua-dua parti dan majlis itu akan dihadiri semua pemimpin UMNO serta PAS dari seluruh negara.

Keratan akhbar BH,

semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.