Usah buat ramalan serong: Annuar

Berita Harian - - Nasional -

Kuala Lumpur: UMNO dan PAS mempunyai perancanga­n tersendiri apabila kedua-dua parti bersetuju untuk membentuk satu kerjasama politik.

Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa, berkata perancanga­n itu hanya akan diketahui umum apabila tiba masanya nanti.

Justeru, UMNO katanya, meminta semua pihak supaya tidak meramal atau menjangka apa perancanga­n kedua-dua parti apabila bersetuju untuk bekerjasam­a menerusi piagam bersama yang akan dimeterai pada Sabtu ini.

“Tak usahlah ada pihak cuba meramal atau melakar apa yang kami mahu lakukan berdasarka­n firasat yang serong.

“UMNO dan PAS ada perancanga­n sendiri. Ia akan diketahui apabila sampai masanya,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Beliau mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof pada 8 September lalu yang mendakwa Piagam Muafakat Nasional antara UMNO dan PAS sebagai ‘piagam yang meragam’.

Annuar turut mempersoal motif Mujahid mengeluark­an kenyataan seumpama itu yang lebih bersifat berteka-teki dan membuat rumusan awal terhadap piagam kerjasama UMNO dan PAS.

“Beliau cuba membuat prejudgeme­nt dengan memberi nilaian negatif walaupun beliau sendiri ternyata tiada maklumat mengenai apa itu Piagam UMNO-PAS,” katanya.

Sebaliknya, Annuar berkata, kerjasama UMNO dan PAS adalah mahu membina sesuatu yang kental dan tulen untuk Malaysia, bukan membina harapan palsu,” katanya.

UMNO dan PAS ada perancanga­n sendiri. Ia akan diketahui apabila sampai masanya. Annuar Musa,

Setiausaha Agung UMNO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.